Bantuan Kasih Bangsa Johor: 28 Inisiatif Baru Buat Isi Rumah, Pelajar, Orang Muda & Pelbagai Sektor

Berita baik buat rakyat negeri Johor! Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM144.36 juta menerusi Bantuan Kasih Negeri Johor yang bakal memanfaatkan kira-kira 3.69 juta penduduk di negeri itu meliputi semua kategori, tanpa ada yang tercicir.

Pengagihan bantuan akan dilakukan secara berperingkat dalam masa terdekat sebagai tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor. Bantuan yang akan diagihkan ini merangkumi 28 inisiatif bertunjangkan lima kategori utama.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut senarai inisiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor.

5 KATEGORI UTAMA

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia melibatkan 28 inisiatif yang bertunjangkan lima kategori utama iaitu:

  • Kemasyarakatan,
  • Kebajikan,
  • Orang muda Johor,
  • Pendidikan dan
  • Ekonomi.

SENARAI INISIATIF BANTUAN KASIH BANGSA JOHOR

Kategori Pertama: Kemasyarakatan

Sebanyak lapan inisiatif digariskan dengan dana berjumlah RM34.16 juta diperuntukan bagi menyantuni penduduk terkesan terdiri golongan nelayan, penggerak masjid, pesara polis dan askar serta pekerja di sektor pengangkutan.

  1. Bantuan Beras Bangsa Johor – 10kg beras buat setiap isi rumah
  2. Bantuan RM300 kepada pemandu bas awam dan bas ekspres
  3. Bantuan geran kepada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor
  4. Bantuan geran kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Johor
  5. Bantuan RM500 kepada Ketua Kampung
  6. Bantuan RM400 kepada Imarah masjid dan surau
  7. Bantuan RM300 kepada nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan
  8. Bantuan RM300 kepada pekerja ekonomi gig (Pemandu Teksi, E-Hailing & Penghantar Makanan)

Kategori Kedua: Kebajikan

Manakala sebanyak RM44.76 juta disalurkan bagi kategori kebajikan membabitkan enam inisiatif, yang bakal memanfaatkan kira-kira 103,800 orang terdiri golongan miskin, warga emas, anak yatim dan pesakit kronik.

  1. Insentif Mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK)
  2. Insentif Mesra Program Perumahan Rakyat (PPR)
  3. Program i-Berkat: Bantuan golongan B40, warga emas dan OKU
  4. Anak Johor Prihatin – Bantuan RM100 kepada anak yatim yang tamat persekolahan
  5. Bantuan geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas Dan Anak Yatim – Geran RM10,000
  6. Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Fakir Miskin
    – Fakir: RM400 seorang
    – Miskin: RM300 seorang
    – Setiap tanggungan menerima tambahan RM50

Kategori Ketiga: Orang Muda Johor

Bagi kategori orang muda Johor pula, sebanyak empat inisiatif dilaksanakan yang melibatkan dana berjumlah RM11.2 juta bagi menyantuni belia dan remaja di Johor.

  1. Bantuan Geran Dewan Muda Johor
  2. Bantuan Geran Majlis Belia Negeri Johor
  3. Bantuan RM1,000 kepada pasangan raja sehari

Kategori Keempat: Pendidikan

Disamping RM21 juta diperuntukan buat kategori pendidikan, yang memanfaatkan lebih kurang 125,000 penerima terdiri pelajar, mahasiswa dan graduan di Johor melalui tiga inisiatif yang digariskan.
  1. Biasiswa Bangsa Johor – Diploma & Ijazah Sarjana Muda
  2. Bantuan Mahasiswa IPTA/ IPTS
    – Diploma: RM500
    – Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
  3. Bantuan Khas Persekolahan sebanyak RM150 kepada pelajar sekolah rendah

Kategori Kelima: Ekonomi

Manakala tujuh inisiatif dibentangkan dalam kategori ekonomi, yang melibatkan dana berjumlah RM33.28 juta dan memberi manfaat kepada 79,700 peniaga dan pengusaha di sektor pelancongan.

  1. Bantuan RM2,000 kepada agensi pelancongan
  2. Bantuan RM1,000 kepada pengusaha bot pelancongan
  3. Bantuan RM1,000 kepada pemandu pelancong
  4. Bantuan RM1,000 kepada pengusaha homestay
  5. Bantuan RM2,000 kepada operator hotel bajet
  6. Insentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa Tempatan
  7. Insentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa Tempatan

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut bersetuju menyalurkan bantuan kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 ringgit kepada kira-kira 13,400 penjawat awam negeri ini dengan pembabitan dana berjumlah RM18.81 juta.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma