Program iTEKAD Bank Islam: Mohon Bantuan Mikro Untuk Peniaga Asnaf dan B40. Terima Bantuan RM1000-RM5000

iTEKAD merupakan salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi membantu usahawan mikro khususnya di kalangan Asnaf dan B40 yang terjejas disebabkan COVID-19

Mohon juga Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) Di Buka. Terima Bantuan Sehingga RM10,000

Perusahaan mikro milik B40 atau asnaf yang akan dibantu dalam program ini adalah peniaga kecil-kecilan dengan pendapatan jualan tahunan di bawah RM300,000 atau mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja tetap.

Amaun pembiayaan bagi pemohon yang layak adalah minimum RM1000 dan maksimum RM5000 setiap orang bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 5 tahun.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program iTEKAD, kelayakan permohonan, cara program dijalankan dan cara memohon.

Bantuan iTEKAD Bank Islam: Mohon Bantuan Mikro Untuk Peniaga Asnaf dan B40. Terima Bantuan RM1000-RM5000

APA ITU PROGRAM iTEKAD

iTEKAD merupakan program kewangan sosial yang bertujuan khusus menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro asnaf dan B40 yang kehilangan pendapatan akibat wabak COVID-19.

Mohon iSuri KWSP: Daftar Bantuan RM480 Suri Rumah, Balu & Ibu Tunggal

Program ini direka untuk menggunakan sumbangan kewangan sosial (seperti zakat, wakaf dan sedekah) bagi penyediaan modal permulaan yang digabungkan dengan pembiayaan mikro berpatutan untuk pemohon yang layak.

Melalui program ini, bank peserta dengan kerjasama beberapa Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan rakan-rakan pelaksana akan membantu usahawan mikro yang layak. Bank Islam merupakan bank pertama yang melaksanakan program iTEKAD ini.

MATLAMAT PROGRAM iTEKAD

Program ini bermatlamat untuk membantu usahawan mikro khususnya di kalangan asnaf dan B40 yang terjejas disebabkan COVID-19 untuk bangkit semula membina perniagaan mereka.

Contohnya Makcik Kiah yang selama ini berniaga pisang goreng di sekitar PPR Desa Tun Razak. Namun, disebabkan oleh COVID-19, Makcik Kiah tidak dapat berniaga dan terputus modal pusingan. Program ini boleh membantu beliau untuk memulakan semula perniagaan selepas selesai wabak ini.

CARA PROGRAM DIJALANKAN

Cara program ini dijalankan buat pertama kali adalah seperti berikut:

  • Untuk fasa pertama, Bank Islam akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“MAIWP”) dan SME Corporation Malaysia (“SME Corp”).
  • Pemohon yang layak dan berjaya terpilih akan mengikuti program latihan pembangunan perniagaan yang dianjurkan oleh MAIWP dan SME Corp.
  • Bank Islam pula akan menyediakan pembiayaan mikro sebagai modal perniagaan bagi usahawan di kalangan asnaf dan B40;
  • Manakala dana zakat Bank Islam pula akan diberikan kepada asnaf untuk membeli peralatan perniagaan.
  • Untuk permulaan, 100 usahawan mikro yang layak akan dipilih mengikuti program ini.

KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN iTEKAD

Buat permulaan program ini, kelayakan pemohon adalah seperti berikut:

  • Usahawan mikro sekitar Wilayah Persekutuan di kalangan asnaf dan B40
  • Mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”)
  • Peniaga kecil-kecilan dengan pendapatan jualan tahunan di bawah RM300,000 atau mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja tetap.
  • Contohnya:
    i) Peniaga yang membuat kek, kuih dan makanan secara kecil-kecilan
    di rumah untuk dijual di kedai dan pejabat;
    ii) Peniaga yang menjual air balang, nasi lemak, kuih-muih dan pisang
    goreng di warung;
    iii) Tukang jahit yang mengambil upah menjahit dari rumah atau
    membuka sudut niaga jahitan kecil;
    dan pelbagai lagi usahawan mikro meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain.

CARA MEMOHON iTEKAD

Permohonan akan dibuka bermula 1 Mei 2020. Pemohon yang berminat untuk memohon perlu mengisi borang yang akan dikeluarkan nanti.

Permohonan beserta dokumen yang sudah lengkap boleh dihantar melalui emel ke sadaqahouse@bankislam.com.my.

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Kad pengenalan
  • Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan,
    pendapatan setahun, maklumat pemilik perniagaan, bilangan
    pekerja, dll.
  • Bukti pendapatan perniagaan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan,
    penyata bank 6 bulan terkini)
  • Bukti operasi perniagaan (contoh: pendaftaran perniagaan, permit
    berniaga);
  •  Bil utiliti; dan
  • Lain-lain dokumen yang relevan.

Pengumuman lanjut mengenai dokumen yang diperlukan akan dibuat pada penghujung April 2020.

Baca: Bantuan JKM 2020: Daftar & Semak Status Pembayaran Online

Untuk permulaan, terbuka kepada semua usahawan mikro di sekitar Wilayah Persekutuan tanpa mengambil kira sama ada pelanggan bank peserta atau tidak. Tempoh sah untuk permohonan program ini akan diumumkan pada akhir bulan April 2020.

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN iTEKAD

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh ajukan melalui emel di sadaqahouse@bankislam.com.my.

Atau terus ke bahagian FAQ iTEKAD untuk maklumat penuh program ini. Klik pautan di bawah:

Info lanjut akan menyusul di perkongsian ini.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma