Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Tawaran Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) RM100 Buat Setiap Bayi

Oleh Cikgu Shaari • May 17, 2022 • 2 min baca

Tawaran Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) RM100 Buat Setiap Bayi
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan dan melaksanakan satu inisiatif baharu iaitu Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Melalui BISTARI, setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula 2022 akan ditawarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan bantuan sejumlah RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) dan panduan buat permohonan.

KADAR BANTUAN IHSAN TABUNGAN PENDIDIKAN NEGERI (BISTARI)

Melalui BISTARI, anak Sabah yang dilahirkan akan ditawarkan akaun SSPN melalui PTPTN dengan bantuan sejumlah:

  • Kadar bantuan: RM100

Bantuan simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun SSPN. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Bayi berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/ bapa/ penjaga yang berasal dari negeri Sabah
  • Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas dan ingin membuat permohonan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan buat bayi kelahiran, anda boleh buat permohonan secara dalam talian melalui pautan disediakan.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Borang yang lengkap beserta dokumen sokongan hendaklah dihantarkan ke alamat berikut:

  • Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas Blok A,
    Tingkat 29, Menara Kinabalu,
    Jalan UMS, Teluk Likas,
    88400 Kota Kinabalu, Sabah

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Ihsan Tabungan Negeri (BISTARI), anda boleh hubungi talian 088 369 872 atau terus ke laman web http://mttk@sabah.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.