Tarikh Agihan 10,000 Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Pelajar Sekolah Menengah
Berita baik buat pelajar sekolah di Sabah! Kerajaan Sabah akan mengagihkan 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 di negeri ini bermula bulan Julai 2021 nanti.
Kaedah ini diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Pemberian komputer riba yang membabitkan peruntukan RM15 juta itu diberi khusus untuk pelajar yang menduduki peperiksaan penting penghujung tahun ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kelayakan dan tarikh agihan bantuan komputer riba Sabah.
Isi Kandungan
TARIKH AGIHAN BANTUAN KOMPUTER RIBA
Kerajaan Sabah akan mengagihkan 10,000 komputer riba untuk pelajar yang layak pada:
- Mulai 19 Julai sehingga 18 Oktober 2021
KRITERIA KELAYAKAN
Bantuan komputer riba akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:
- Pelajar warganegara berasal dari Sabah
- Pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin tegar
- Satu komputer untuk satu ketua isi rumah (Kir)
Untuk makluman anda, pelajar tidak perlu buat sebarang permohonan. Pihak sekolah dan jabatan akan mengenalpasti pelajar yang layak dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.
Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenal pasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih kepada pelajar yang layak.