Fashion Pitch: Mohon Bantuan Untuk Penggiat Fesyen Sehingga RM40,000

Fashion Pitch adalah bantuan untuk para pereka fesyen muda dan graduan bidang fesyen untuk mencipta dan membangunkan koleksi fesyen serta portfolio rekaan yang asli, berdaya maju dan memaparkan aspek unik Malaysia yang majmuk serta dinamik.

Bantuan Fashion Pitch merupakan satu inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) bagi memulihkan industri kreatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan ditadbir urus oleh MyCreative Ventures.

Fashion Pitch menyeru penggiat reka seni fesyen untuk memohon bantuan ditawarkan. Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan di bawah.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bantuan Fashion Pitch dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 15 Februari hingga 15 Mac 2021

SKOP BANTUAN

Bantuan sehingga RM40,000 disediakan meliputi:

  • Sokongan kos untuk material, fabrik serta kelengkapan dan kos logistik untuk membangunkan rekaan
  • Sokongan kos tenaga kerja seperti tukang jahit dan “pattern maker”
  • Sokongan kos pembangunan katalog seperti model, jurugambar dan sebagainya
  • Kos pendaftaran hakcipta label
  • Sebarang kos yang dinilaikan sebagai wajar

SYARAT KHUSUS PERMOHONAN

Permohonan bantuan fashion pitch adalah terbuka kepada:

  • Individu, perniagaan, pertubuhan, perkongsian atau syarikat yang ditubuhkan di Malaysia
  • Warganegara Malaysia untuk individu
  • Untuk syarikat atau perkongsian, lebih 50% pemilikan sah dan kepentingan terletak pada Warganegara Malaysia
  • Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan (untuk Syarikat) atau individu yang muflis (untuk individu)
  • Idea rekacipta adalah hak milik pemohon
  • Rekod pengalaman selama sekurang-kurangnya 6 bulan di dalam bidang yang berkaitan dengan bantuan yang dipohon di bawah inisiatif ini

Individu/ syarikat yang TIDAK LAYAK memohon adalah:

  • Pihak industri kreatif yang bukan warganegara Malaysia atau Perniagaan di mana majoriti pemilikan adalah bukan warganegara Malaysia
  • Pemohon yang tidak dapat memenuhi bukti hasil kerja dan karya asli
  • Pemohon yang terlibat dalam perniagaan seperti barangan terlarang termasuk minuman keras, rokok, barangan palsu/ tiruan serta bahan yang berunsur seksual dan/ atau politik
  • Jabatan, agensi atau entiti berkaitan kerajaan
  • Penggiat yang masih mempunyai laporan penilaian yang masih belum lengkap berkaitan program MyCreative Ventures Sdn. Bhd. atau CENDANA. Walaubagaimanapun, mereka mungkin boleh memohon setelah melengkapkan semua laporan yang diperlukan.
  • Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan (untuk Syarikat) atau individu yang muflis (untuk individu)

CARA MOHON BANTUAN FASHION PITCH

Permohonan boleh dibuat dengan lengkapkan Borang Permohonan Fashion Pitch yang boleh didapati secara atas talian di bawah perkongsian ini. Pemohon dikehendaki melengkapkan permohonan dan menyediakan maklumat yang berikut antaranya seperti:

  • Pengenalan tentang pemohon – perincian mengenai individu, syarikat, persatuan dan/atau pertubuhan
  • Portfolio & Sejarah (harus mempunyai rekod kegiatan terdahulu dan sedia ada yang memuaskan)
  • Projek yang dicadangkan atau bantuan yang diperlukan
  • Bahan sokongan projek/cadangan dan dokumen

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat asas seperti yang disenaraikan AKAN DITOLAK. Pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi dalam masa 3 minggu selepas tempoh permohonan ditutup dan mungkin akan dipanggil untuk sesi pembentangan serta temuduga.

Dalam masa empat minggu selepas sesi penilaian dibuat, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh MyCreative menerusi emel. Pemohon yang berjaya perlu menandatangani surat perjanjian dengan pihak MyCreative

Klik pautan berikut untuk download borang permohonan bantuan Fashion Pitch:

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN FASHION PITCH

Sebarang pertanyaan hendaklah disalurkan kepada fashionpitch@mycreative.com.my atau temujanji boleh dibuat untuk membincangkan permohonan anda secara terperinci. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di laman web mycreative.com.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma