Tawaran Bantuan Tunda Kenderaan, Rebat, Diskaun Alat Ganti & Pemeriksaan Percuma Oleh Perodua
Berita baik buat pengguna kereta Perodua yang terlibat dengan banjir yang melanda beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang baru-baru ini! Memahami masalah ramai pengguna yang mengalami masalah kenderaan terjejas akibat banjir, Perodua menawarkan rebat, diskaun dan pemeriksaan percuma buat pemilik kenderaan Perodua!
Tawaran ini disediakan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan ketika bencana itu. Pengguna Perodua yang ingin dapatkan tawaran ini boleh dapatkan segera!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan mangsa banjir buat pengguna Perodua dan panduan untuk mendapatkan tawaran ini.
Isi Kandungan
TAWARAN PERODUA BUAT KENDERAAN TERLIBAT BANJIR
Antara tawaran hebat oleh Perodua buat pemilik yang terlibat banjir adalah:
- Perkhidmatan menunda kenderaan sehingga maksimum RM100
- Potongan 20% pada alat ganti terpilih
- Pemeriksaan kenderaan percuma
CARA DAPATKAN TAWARAN PERODUA
Walaupun beberapa pusat perkhidmatan Perodua juga terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan Perodua di seluruh Malaysia dalam mendapatkan bantuan. Perodua melakukan yang terbaik untuk meneruskan operasi di kawasan yang terjejas secepat mungkin.
Pelanggan Perodua yang kenderaannya rosak akibat banjir dan memerlukan bantuan tunda digalakkan menghubungi talian khidmat pelanggan bebas tol Perodua di:
- 1-800-88-5555
Tawaran bantuan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dikenakan. Alat ganti tulen yang ditawarkan adalah dilengkapi dengan jaminan pengeluar dan Perodua meminta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka.
Alat-alat ganti ini merangkumi semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan permaidani.
Baca juga: Langkah Penting Untuk Claim Insurans Kenderaan Yang Dimasuki Banjir