SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar • SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •

Cara Mohon Bantuan Anakku Sejahtera & Terima RM100 Bagi Kelahiran Bayi Tahun 2021

Oleh Cikgu Shaari • October 12, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Bantuan Anakku Sejahtera & Terima RM100 Bagi Kelahiran Bayi Tahun 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Negeri Kedah pada 10 Oktober telah melancarkan program ‘Anakku Sejahtera’ dengan pembiayaan RM1 juta diperuntukkan untuk diberi kepada setiap anak yang lahir di negeri ini mulai 1 Januari hingga 31 Disember tahun 2021.

Menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, program itu inisiatif kerajaan negeri bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di Kedah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program Anakku Sejahtera serta panduan buat permohonan.

KADAR BANTUAN

Untuk makluman anda, bantuan ini akan diberikan dalam bentuk:

  • Tabung Simpan SSPIN Prime yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i
  • Jumlah RM100 setiap orang

SYARAT KELAYAKAN

Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada golongan sasar, kerajaan negeri telah menetapkan beberapa syarat untuk membuat permohonan antaranya ialah:

  • Bayi mestilah warganegara
  • Bayi dilahirkan di Kedah dan ibu atau bapa lahir di Kedah
  • Mestilah bermastautin di negeri Kedah melebihi 10 tahun
  • Pemohon berpendapatan isi rumah RM3,000 sebulan dan ke bawah
  • Bantuan untuk setiap anak yang lahir di negeri Kedah mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021

CARA MOHON ANAKKU SEJAHTERA

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan mempunyai bayi yang dilahirkan pada tahun 2021, anda boleh dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut mengenai program itu di:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran

Deposit RM100 akan dimasukkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime selepas permohonan diluluskan.

Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat dan proaktif untuk membantu rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan secara holistik dan matlamatnya adalah memastikan anak-anak tidak mewarisi kemiskinan keluarga.

Seperti dinyatakan Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan, Simpanan SSPN Prime ini menawarkan pelbagai keistimewaan dan kelebihan kepada pendeposit antaranya menikmati pemberian dividen sangat kompetitif, perlindungan takaful percuma dan pemberian geran sepadan hingga RM10,000 untuk keluarga yang layak.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.