Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Senarai R&R PLUS Yang Kini Dibuka Dan Panduan Operasi R&R

Oleh Cikgu Shaari • October 12, 2021 • 2 min baca

Senarai R&R PLUS Yang Kini Dibuka Dan Panduan Operasi R&R
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Setelah sekian lama rakyat Malaysia tidak membenarkan rentas negeri bagi mengawal penularan wabak Covid-19, mulai 11 Oktober 2021 orang ramai dah boleh pulang ke kampung dan rentas negeri untuk melancong! Pasti ramai yang rindukan kampung dan tidak sabar nak pulang ke kampung kan?

Lebuh raya pasti sesak dengan kenderaan pada hari cuti terutama pada hujung minggu. Pastikan anda buat persediaan sewajarnya sebelum memulakan perjalanan. Untuk perancangan perjalanan yang lebih lengkap, pastikan anda ambil tahu juga senarai R&R yang telah dibuka dan panduan operasi yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai R&R yang telah dibuka dan panduan operasi yang ditetapkan.

PANDUAN OPERASI R&R DAN HENTIAN SEBELAH LEBUHRAYA PLUS

Berikut adalah panduan operasi R&R dan Hentian Sebelah Lebuhraya PLUS:

  • Selain daripada lokasi tersenarai, makanan dan minuman bungkus sahaja dibenarkan
  • Gerai makanan dan minuman 6 pagi hingga 12 tengah malam
  • Pra pesanan di ordersini.com.my atau Aplikasi PLUS
  • Kemudahan “vending machines” ada disediakan
  • Kedai serbaneka 6 pagi hingga 12 tengah malam
  • Sentiasa memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal dalam kawasan R&R
  • Surau dibuka, sila bawa peralatan solat sendiri
  • Tandas awam masih dibuka
  • Stesen minyak masih beroperasi 24 jam
  • Gazebo telah dibuka. Tapak permainan masih ditutup

SENARAI R&R PLUS YANG DIBUKA

Berikut adalah senarai R&R PLUS yang dibuka:

8 Oktober 2021

  1. R&R Gurun (Arah Utara & Selatan)
  2. Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
  3. R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
  4. R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
  5. R&R Rawang (Arah Utara)
  6. OBR Sg Buloh
  7. R&R Hentian Sebelah Sg Buloh (arah Selatan)
  8. R&R Dengkil (arah Utara & Selatan)
  9. Hentian Sebelah Sedang (Arah Utara & Selatan)
  10. Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
  11. R&R Seremban ( Arah Utara & Selatan)
  12. R&R Mambau (Arah Timur & Barat)
  13. OBR Ayer Keroh
  14. R&R Ayer Keroh (Arah Utara & Selatan)
  15. R&R Pagoh (Arah Utara & Selatan)
  16. R&R Machap (Arah Utara & Selatan)

11 Oktober 2021

  1. R&R Ajil (Arah Utara)
  2. R&R Paka (Arah Utara & Selatan)
  3. R&R Perasing (Arah Utara & Selatan)
  4. R&R Gelang Patah (Arah Utara & Selatan)

Untuk makluman anda, aktiviti dine in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R dipilih.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.