Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2023

Permohonan Bantuan Am Persekolahan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tahun 2023 kini dibuka khas untuk warganegara Malaysia dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIWP.

Permohonan adalah dibuka bagi sesi persekolahan tahun 2023. Dapatkan borang permohonan dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang dinyatakan untuk mengemukakan permohonan.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP di perkongsian bawah.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitumal Tahun 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 13 Februari hingga 14 April 2023

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang menerima bantuan am persekolahan oleh MAIWP:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak mendapat tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak
  • Bermaustatin di Wilayah Persekutuan Labuan sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih menetap
  • Pelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau sekolah agama kerajaan negeri atau sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri
  • Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah yang telah ditetapkan

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan bantuan yang boleh didapatkan melalui:

  1. Semua Pusat Agihan Zakat Baitumal (PAZA)
  2. Kaunter Aras 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur
  3. Muat turun di laman web MAIWP (www.maiwp.gov.my)

BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN MAIWP

Penyerahan Borang Permohonan di:

  1. Semua Pusat Agihan Zakat Baitumal (PAZA)
  2. Kaunter Aras 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur

DOKUMEN SOKONG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk permohonan:

  • Satu salinan kad pengenalan pelajar.
  • Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja)
  • Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
  • Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
  • Satu salinan sijil kematian ibu / bapa.*
  • Satu salinan kad memeluk Islam.*
  • Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
  • Satu salinan surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
  • Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
  • Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
  • Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama bagi pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar

*jika berkenaan.

Muat turun senarai semak dokumen sokongan Skim Bantuan Am Persekolahan MAIWP di bawah:

SENARAI SEMAK SKIM BANTUAN AM PERSEKOLAHAN MAIWP 

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter-kaunter Baitumal MAIWP berhampiran anda.

Untuk makluman anda, MAIWP ada juga menyediakan bantuan Kasih Asnaf Back To School untuk pelajar sekolah yang layak. Semak info lanjut bantuan DI SINI.

Baca juga: Senarai Bantuan Persekolahan Tahun 2022 Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma