Dah Buat Pra-Pendaftaran eCENSUS, Anda Boleh Jawab Soal Selidik Online Hingga 6 Oktober 2020

Bancian yang dilaksanakan setiap 10 tahun sekali kini masanya tiba lagi. Banci 2020 adalah yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia telah mula melancarkan Banci 2020 bermula 7 Julai 2020.

Bancian ini adalah penting untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil. Data banci ini akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyelidikan rancangan pembangunan negara.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, anda boleh laksanakan banci terhadap diri anda secara online dengan mudah. Namun pendaftaran untuk banci online kini telah ditutup.

DAH BUAT PRA-PENDAFTARAN, TETAPI BELUM BUAT PENGISIAN?

Sekiranya anda telah membuat pra-pendaftaran sebelum ini dan baru menerima Invitation Code(IC) daripada email atau mengikuti dan mendapatkan IC di klinik e-Census boleh melengkapkan pengisian banci secara online di e-Census sehingga 6 Oktober 2020 (Selasa) jam 11.59 malam.

Hanya individu yang mempunyai Invitation Code sahaja boleh membuat banci online sekarang. Berikut adalah panduan menjawab soal selidik Banci 2020 menggunakan sistem e-CENCUS:

Rakyat Yang Telah Buat Pra-Pendaftaran eCENSUS Boleh Lengkapkan Pengisian Online Hingga 6 Oktober 2020

Bagi yang tidak berpeluang mengisi e-Census secara online, pegawai banci akan melawat tempat kediaman anda untuk bancian secara bersemuka (Banci 2020) Fasa 2 akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober 2020.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau isu berkenaan Banci 2020, sila hubungi Hotline 1-800-88-7720 atau email ke helpdesk.banci@dosm.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma