Bahaya Jika Biar Anak Terdedah Dengan Cecair Hand Sanitizer Pembasmi Kuman. Ketahui Langkah Pencegahan Dan Cara Atasi Masalah Ini

Penularan wabak Covid-19 yang semakin serius sehingga hari ini telah menjadi ketaktkan masyarakat sekaligus memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan sentiasa ambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan terkena jangkitan ini.

Namun, masyarakat sentiasa diingatkan supaya kerap mencuci tangan menggunakan sabun. Penggunaan cecair pembasmi kuman adalah satu pilihan lain yang boleh dimanfaatkan jika tidak berpeluang membasuh tangan dengan sabun.

Cecair pembasmi kuman yang mengandungi 60% hingga 95% ethanol atau isopropil alkohol berkesan mengurangkan mikroorganisma atau bakteria pada kulit. Tetapi pengambilan atau penggunaan yang tidak betul boleh merisikokan kesihatan malah boleh jadi bahaya terutama sekali oleh kanak-kanak.

RISIKO KANAK-KANAK TERDEDAH DENGAN CECAIR PEMBASMI KUMAN

Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 70,669 kes pendedahan pada cecair pembasmi kuman yang mengandungi alkohol dan bukan alkohol telah dilaporkan kepada Sistem Data Racun Kebangsaan.

Menurut laporan, sebanyak 90% kes yang berlaku adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun dan daripadanya 97% adalah pendedahan melalui pengambilan oral.

Menurut Pusat Racun New York, kanak-kanak yang terjilat atau termakan cecair pembasmi kuman berisiko untuk mengalami keracunan alkohol. Pelbagai risiko boleh terjadi walaupun kanak-kanak hanya termakan sedikit sahaja cecair itu.

Ibu bapa patut tidak ambil mudah tentang perkara ini dan ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui langkah-langkah mencegah kanak-kanak daripada termakan cecair pembasmi kuman.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi mencegah kanak-kanak daripada bermain atau termakan cecair pemasmi kuman.

  1. Simpan cecair pembasmi kuman di tempat yang selamat, tersorok atau kawasan yang tidak boleh dicapai kanak-kanak.
  2. Beri didikan kepada anak bahawa cecair pembasmi kuman adalah untuk kegunaan luar sahaja dan tidak boleh dimakan atau diminum.
  3. Jangan sesekali menggunakan cecair pembasmi kuman kepada bayi kerana risiko mereka menjilat tangan adalah tinggi.
  4. Pantau dan elak anak bermain dengan bahan kimia di dalam rumah.
  5. Sentiasa mengawasi anak ketika menggunakan cecair pembasmi kuman atau menggunakan sebarang pembersih sabun ketika mencuci tangan.

JIKA TERMAKAN APA YANG PERLU IBU BAPA LAKUKAN?

Jika anda terlihat anak anda termakan cecair pembasmi kuman atau bahan kimia lain, ini cara yang betul untuk ibu bapa mengatasinya.

  • Bertenang, jangan panik atau memarahi anak kerana mereka akan berasa lebih takut dan mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.
  • Jangan paksa anak muntah.
  • Hubungi ambulans atau bawa berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
  • Bawa botol cecair pembasmi kuman itu sekali untuk ditunjukkan kepada doktor bagi bertujuan menentukan berapa banyak kandungan yang ditelan oleh anak.

Semoga ibu bapa tidak leka lagi dengan keadaan anak-anak kerana kesan jika berlaku perkara ini adalah sangat bahaya. Pastikan anda awasi aktiviti anak anda dan lakukan langkah pencegahan yang dikongsikan. Jangan ambil ringan tentang masalah ini. Semoga bermanfaat!

SEDANG CARI HANDSANITIZER?

Anda boleh cuba dapatkan Hausanitizer di bawah. Terus dapatkan secara online melalui pautan di bawah.

Sanitizer

BELI HAUSANITIZER

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma