13.2 Juta Bahan Digital Secara Percuma Disediakan Oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Cuma Perlu Download Apps Ni Je!
Pasti sekarang ini ramai yang ”menganggur” tidak melakukan apa-apa di rumah berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia beberapa hari lepas. Selama 14 hari banyak sektor perusahaan dan pendidikan ditutup dan rakyat juga tidak dibenarkan keluar jika tiada urusan penting.
Mungkin ada sesetengah orang yang bosan, tidak tahu buat apa di rumah. Apa kata anda isi kekosongan masa anda dengan melakukan perkara yang berfaedah dan mampu memberi manfaat kepada anda?
Antara aktiviti yang ada boleh lakukan adalah membaca buku. Walaupun Perpustakaan Negara Malaysia telah pun menutup perkhidmatan mereka bermula 16 Mac lepas, anda masih boleh melayari perkhidmatan perpustakaan digital u-Pustaka yang menyediakan 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma.
Ikuti cara untuk anda dapatkan bahan bacaan digital yang disediakan oleh Perpustakaan Negara ini di perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
CARA MELAYARI BAHAN BACAAN PERCUMA
Cara untuk melayari bacaan digital ini adalah disediakan oleh nadiahrazali14.
1. Download Apps Libby
Pastikan anda download aplikasi ”Libby” di Playstore atau Appstore di telefon bimbit anda.
2. Pilih National Library of Malaysia
Anda perlu buat pilihan National Library of Malaysia.
3. Pilih Library Card Number
Di bahagian ini, klik di bahagian Library Card Number
4. Masukkan ID pnm001-pnm999 (public ID)
Masukkan nombor ID kad anda yang tertera di bahagian bawah barcod kad anda.
BAGI YANG INGIN DAPATKAN PRIVATE ID
Bagi sesiapa yang ingin menggunakan private ID sendiri, anda boleh ikut cara berikut untuk dapatkan ID anda.
1. Register
Anda perlu buat pendaftaran di laman u-library terlebih dahulu.
2. Buka Libby dan Pilih See Library Card
3. Pilih Add Another Card
4. Masukkan ID Yang Anda Daftar Dan Pilih Next
5. Masukkan Password
6. Siap!
Mudah sahaja kan? Lepas anda muat turun aplikasi ini, tidaklah anda terlalu bosan apabila berkurung di rumah sepanjang tempoh kawalan. Manfaatkan masa yang ada dengan menambah ilmu pengetahuan pasti tidak akan rugi. Selamat mencuba!