Senarai Jawatan Badan Beruniform Kerajaan Yang Boleh Dimohon Guna Sijil SPM

Berminat nak jadi salah seorang anggota badan beruniform kerajaan? Untuk makluman anda, sebenarnya banyak jawatan badan beruniform kerajaan yang boleh mohon menggunakan sijil SPM!

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan kelayakan minima SPM atau setaraf dengannya dipelawa untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Berdasarkan dasar one step lower, individu dengan kelayakan Diploma, STPM atau setaraf juga boleh mohon. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9).

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai jawatan badan beruniform kerajaan yang boleh dimohon dengan menggunakan sijil SPM dan panduan buat permohonan.

SENARAI JAWATAN BERUNIFORM KERAJAAN

Berikut adalah senarai jawatan anggota beruniform kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan minima SPM:

  1. Pegawai Bomba KB19
  2. Pegawai Imigresen KP19
  3. Pembantu Pertahanan Awam KP19
  4. Pegawai Penjara KA19
  5. Pembantu Penguat Kuasa KP19
  6. Pembantu Penguasa Kasta WK19
  7. Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim (Laskar Kelas II Matritim) T1
  8. Pembantu Antidadah S19
  9. Konstabel Polis YA1

Untuk semak syarat kelayakan setiap jawatan dinyatakan di atas, anda boleh semak DI SINI.

CARA MOHON JAWATAN

Berminat nak mohon jawatan anggota beruniform kerajaan yang dinyatakan di atas? Untuk makluman anda, permohonan jawatan tersebut boleh dibuat melalui laman khas permohonan SPA9 (kecuali Konstabel Polis YA1 boleh dimohon melalui epengambilan PDRM).

Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 3

Pergi ke bahagian SPM/Setaraf Pilih jawatan Pegawai Imigresen Kp19 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

361 Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit & Juruaudit Dibuka. Ini Cara Mohon Melalui SPA9

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA. Untuk iklan jawatan kosong penuh, anda boleh lihat di sini:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma