Perbadanan Usahawan Johor menawarkan Program Pembangunan Ekonomi Komuniti buat usahawan yang layak dan terima geran sehingga RM45,000 merangkumi kos menaik taraf infrastruktur, pembelian mesin/ peralatan/ latihan dan kursus kemahiran asas berkaitan projek yang dicadangkan. Program ini disediakan buat projek/perniagaan yang memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti dan berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan yang berterusan. […]