Anugerah Guru Inspirasi McDonalds – Jom Calonkan Guru Sekolah Anda. RM5000 Untuk Guru Inspirasi

‘Guru ibarat lilin, membakar diri menerangi yang lain’. Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang pendidik demi mencurahkan ilmu buat anak murid. Setiap guru pasti mempunyai kisah tersendiri yang dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai kerana pengorbanan setiap guru adalah berbeza.
Baca juga: Permohonan Guru IPG
Inilah peluang keemasan anda untuk menyerlahkan lagi kisah inspirasi guru anda. Anugerah ini melibatkan pencalonan terbuka oleh rakyat Malaysia terhadap guru-guru pilihan yang telah berjaya memberi inspirasi dalam kehidupan mereka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tentang Anugerah Guru Inspirasi oleh McDonald’s.
Isi Kandungan
ANUGERAH GURU INSPIRASI
Anugerah Guru Inspirasi yang dianjurkan oleh McDonald’s kini kembali buat kali keempat bagi menghargai guru-guru yang telah melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik
Seorang guru yang sedia membantu, membuka minda dan menyentuh hati kita. Mereka banyak membantu dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Anda boleh ceritakan kisah guru inspirasi anda dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.
Kongsikan kisah seorang guru yang telah menjadi inspirasi kepada anda sebelum 30 Mac 2020 melalui langkah yang akan dikongsikan di bawah.
CARA UNTUK CALONKAN GURU ANDA
Jika anda merasakan bahawa kisah guru anda telah memberikan inspirasi, buat pencalonan guru anda sekarang dengan ikuti langkah-langkah di bawah.
Langkah pertama: Lengkapkan borang pencalonan yang telah disertakan melalui pautan di bawah.
Langkah Kedua: Kemudian, muat naik gambar ataupun kongsikan pautan video guru yang anda calonkan.
Langkah Ketiga: Setelah selepas langkah pertama dan kedua, hantar penyertaan anda (dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina).
HADIAH BAGI GURU INSPIRASI DAN PENCALON
Kisah inspirasi yang terpilih akan melayakkan guru inspirasi dan pencalon tersebut untuk menerima hadiah yang sangat menarik.
Seramai 25 orang guru akan dipilih sebagai pemenang dengan kisah berinspirasi akan menerima RM5,000 bagi setiap orang manakala pelajar yang menjadi pencalon akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.
LINK PENCALONAN
Sertai pencalonan Anugerah Guru Inspirasi sekarang untuk meraikan guru yang telah memberikan impak positif dalam hidup anda. Lengkapkan borang pencalonan yang disertakan di bawah. Jangan lupa hantar penyertaan anda setelah melengkapkan borang tersebut sebelum 30 Mac 2020.
MAKLUMAT LANJUT PENCALONAN GURU INSPIRASI
Jika anda berminat untuk menyertai pencalonan ini, dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi McDonald’s. Kisah inspirasi anda akan disiarkan di laman tersebut di bahagian Pencalonan 2020.
Ia amat membanggakan untuk mengiktiraf guru-guru yang telah melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik generasi yang akan datang.
Pemberian penghargaan kepada guru harus dijadikan perkara yang sebati dalam diri kita sebagai pelajar kerana sesungguhnya, mereka amat berhak menerima pujian, pengiktirafan dan ucapan penghargaan daripada kita.