Anugerah Guru Inspirasi McDonalds – Jom Calonkan Guru Sekolah Anda. RM5000 Untuk Guru Inspirasi

‘Guru ibarat lilin, membakar diri menerangi yang lain’. Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang pendidik demi mencurahkan ilmu buat anak murid. Setiap guru pasti mempunyai kisah tersendiri yang dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai kerana pengorbanan setiap guru adalah berbeza.

Baca juga: Permohonan Guru IPG

Inilah peluang keemasan anda untuk menyerlahkan lagi kisah inspirasi guru anda. Anugerah ini melibatkan pencalonan terbuka oleh rakyat Malaysia terhadap guru-guru pilihan yang telah berjaya memberi inspirasi dalam kehidupan mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tentang Anugerah Guru Inspirasi oleh McDonald’s.

ANUGERAH GURU INSPIRASI

Anugerah Guru Inspirasi oleh McDonald’s Malaysia kini kembali buat kali kelima bagi menghargai ‘Cikgu Luar Biasa’ yang telah menjalankan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki, demi mendidik anak bangsa.

‘Cikgu Luar Biasa’ adalah guru yang tidak pernah berputus asa memberi yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka. Calonkan ‘Cikgu Luar Biasa’ anda yang sentiasa memberi 100 dalam mendidik, membentuk dan memberi inspirasi.

Rebutlah peluang ini, sempena sambutan Hari Guru tidak lama lagi! Anda boleh berkongsi kisah inspirasi tentang ‘Cikgu Luar Biasa’ anda dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.

Kisah inspirasi tersebut boleh dihantar mulai 2 April hingga 18 April 2021. Pengumuman finalis akan dilakukan pada 25 Mei 2021.

CARA UNTUK CALONKAN GURU ANDA

Jika anda merasakan bahawa kisah guru anda telah memberikan inspirasi, buat pencalonan guru anda sekarang dengan ikuti langkah-langkah di bawah.

Anugerah Guru Inspirasi MCDonalds - Jom Calonkan Guru Sekolah Anda

Langkah pertama: Lengkapkan borang pencalonan yang telah disertakan melalui pautan di bawah.

Langkah Kedua: Kemudian, muat naik gambar ataupun kongsikan pautan video guru yang anda calonkan.

Langkah Ketiga: Setelah selepas langkah pertama dan kedua, hantar penyertaan anda (dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina).

CALONKAN GURU ANDA

HADIAH BAGI GURU INSPIRASI DAN PENCALON

Kisah inspirasi yang terpilih akan melayakkan guru inspirasi dan pencalon tersebut untuk menerima hadiah yang sangat menarik.

Anugerah Guru Inspirasi MCDonalds - Jom Calonkan Guru Sekolah AndaAnugerah Guru Inspirasi MCDonalds - Jom Calonkan Guru Sekolah Anda

Seramai 25 orang guru akan dipilih sebagai pemenang dengan kisah berinspirasi akan menerima RM5,000 bagi setiap orang manakala pelajar yang menjadi pencalon akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

LINK PENCALONAN

Sertai pencalonan Anugerah Guru Inspirasi sekarang untuk meraikan guru yang telah memberikan impak positif dalam hidup anda. Lengkapkan borang pencalonan yang disertakan di bawah. Jangan lupa hantar penyertaan anda setelah melengkapkan borang tersebut sebelum 18 April 2021.

CALONKAN GURU ANDA

MAKLUMAT LANJUT PENCALONAN GURU INSPIRASI

Jika anda berminat untuk menyertai pencalonan ini, dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi McDonald’s. Kisah inspirasi anda akan disiarkan di laman tersebut di bahagian Pencalonan 2021.

Ia amat membanggakan untuk mengiktiraf guru-guru yang telah melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik generasi yang akan datang.

Pemberian penghargaan kepada guru harus dijadikan perkara yang sebati dalam diri kita sebagai pelajar kerana sesungguhnya, mereka amat berhak menerima pujian, pengiktirafan dan ucapan penghargaan daripada kita.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma