Agro Job Fair MAHA: Temuduga Terbuka Dengan Lebih 5,000 Peluang Pekerjaan Buat Rakyat Malaysia

Berita baik buat rakyat Malaysia terutama graduan dan pencari kerja yang sedang menganggur! Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan kerjasama PERKESO akan menganjurkan satu program Agro Job Fair MAHA 2022.

Program ini menawarkan lebih 5000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kepada pelajar dan graduan universiti. Platform ini juga dapat memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam menjana pendapatan dan memberikan peluang pekerjaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran bagi yang berminat.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Agro Job Fair MAHA 2022
  • Anjuran: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan kerjasama PERKESO
  • Tarikh: 4 hingga 14 Ogos 2022
  • Masa: 9 pagi hingga 6 petang
  • Lokasi: Dewan A, MAEPS, Serdang Selangor

KELEBIHAN AGRO JOB FAIR MAHA 2022

Antara kelebihan mengikuti karnival kerjaya Agro Job Fair MAHA 2022 adalah:

  • Pelbagai bidang kerja ditawarkan
  • Pelajar dan graduan lulusan universiti dialu-alukan
  • Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan

SENARAI MAJIKAN & JAWATAN DITAWARKAN

Semak senarai majikan terlibat dan jawatan ditawarkan di sini:

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat dengan tawaran program seperti diiklankan dan ingin mengisi kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang, anda boleh buat pendaftaran MyFutureJob di laman web berikut:

Dah buat pendaftaran MyFutureJobs? Pastikan anda hadir pada tarikh dan masa ditetapkan di lokasi dinyatakan dengan berpakaian kemas dan bawa bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Resume terkini (beberapa salinan)
  • Salinan sijil akademik
  • Salinan kad pengenalan diri

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma