Tawaran Biasiswa Yayasan TRC (YTRC) Terbuka Buat Pelajar UTHM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima tajaan biasiswa daripada Yayasan TRC bagi membantu pelajar berkeperluan yang terpilih meneruskan pengajian mereka di universiti ini. Dengan adanya dana ini Yayasan TRC berharap UTHM mampu menjadi sebuah universiti yang terbaik antara yang terbaik dan dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

Pelajar UTHM yang mengikuti pengajian yang dinyatakan boleh buat permohonan bagi mendapatkan tajaan biasiswa oleh Yayasan TRC seperti yang ditawarkan. Anda hanya perlu buat permohonan secara dalam talian dalam tempoh ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa Yayasan TRC (YTRC) dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 1 – 14 Ogos 2022

PROGRAM YANG LAYAK

Hanya pelajar yang mengikuti program pengajian berikut sahaja layak memohon:

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Senibina
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel Dengan Kepujian

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon mestilah dikalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Pemohon merupakan pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa
  • Pemohon mestilah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM4000 dan ke bawah
  • Pemohon tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana organisasi atau syarikat lain semasa program pengajian berlangsung

TERMA DAN SYARAT

Pemohon biasiswa mestilah mengikut terma dan syarat berikut:

  • Pemohon yang berjaya kelak mesti memperolehi keputusan yang bemerlang iaitu PNGK 3.50 dan ke atas. Sekiranya pelajar gagal mengekalkan PNGK yang telah ditetapkan, YTRC mengikut budsi bicara sepenuhnya akan menggantung biasiswa untuk semester berikutnya sehingga pelajar mencapai PNGK 3.50 dan ke atas pada semester seterusnya
  • Pemohon yang berjaya kelak tidak dibenarkan menangguhkan pengajian kecuali atas sebab yang munasabah seperti faktor kesihatan dan tertakluk kepada budi bicara jawatankuasa penaja

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program biasiswa yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara dalam talian dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi talian berikut:

  • Pn. Suhailah di talian 07-456 4008 / suhailah@uthm.edu.my
  • En. Muhaimin di talian 07- 4533455 / muhaimin@uthm.edu.my
  • En. Malek di talian 07- 456 3438 / malek@uthm.edu.my
  • En. Zamir di talian 07- 456 3438 / zamir@uthm.edu.my

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma