Tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) Julai 2020 Untuk Pekebun Kecil
Untuk pengetahuan anda, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Julai 2020 sudah mula diaktifkan mulai 1 hingga 31 Ogos 2020. Pekebun kecil yang berkelayakan boleh buat tuntutan insentif sekarang untuk menerima faedah yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
Isi Kandungan
PELAKSANAAN IPG
Dilaksanakan bermula September 2015 bagi membantu pekebun kecil getah menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka supaya terus menjalankan aktiviti penorehan getah bagi menyokong industri getah Malaysia.
IPG dibayar apabila harga purata bulanan SMR 20 di bawah RM6.10 sekilogram ATAU purata bulanan harga cuplump / sekerap di bawah RM2.50 sekilogram.
Ini bermakna harga getah disokong pada RM2.50 sekilogram apabila pekebun kecil menjual getah kepada pembeli getah berlesen (peraih) menggunakan kad PAT-G.
IPG TERAKTIF
LGM telah memaklumkan bahawa IPG TERAKTIF bagi bulan Julai 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran seperti berikut:
- Semenanjung : RM 0.70 sekilogram;
- Sabah : RM 1.00 sekilogram; dan
- Sarawak : RM 0.90 sekilogram.
SYARAT PENERIMAAN INSENTIF
Hanya pemohon yang memenuhi syarat berikut sahaja layak menerima Insentif IPG:
- Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia
- Memiliki PAT-G
- Memiliki kebun bersaiz kurang dari 100 ekar
- Menjual getah – Lateks, USS dan cuplump
DOKUMEN SOKONGAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat tuntutan IPG adalah:
- Borang tuntutan IPG
- Salinan PAT-G (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Resit jualan getah
- Persetujuan pembahagian IPG (jika perlu)
- Salinan penyata / buku bank
PROSES PERMOHONAN IPG
Berikut adalah proses permohonan bagi pekebun kecil individu dan pekebun kecil di bawah Agensi seperti FELDA/FELCRA/LIGS/JPS.
Pekebun Kecil Individu
- Pekebun kecil akan menghantar tuntutan IPG ke dua-dua saluran berikut:
i) Agen Pembeli Getah; DAN
ii) Pejabat LGM - Agen akan mengumpul tuntutan IPG dan menghantar ke pejabat LGM
- Maklumat tuntutan IPG akan diproses dan disemak oleh LGM
- LGM membuat bayaran IPG
- IPG dibayar terus ke akaun pekebun kecil
Pekebun Kecil Di Bawah Agensi (FELDA/FELCRA/LIGS/JPS)
- Agensi memproses tuntutan IPG & menghantar ke LGM
- Maklumat tuntutan IPG diproses oleh LGM
- LGM membuat bayaran IPG
- IPG dibayar terus ke:
i) Akaun pekebun kecil Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
ii) Agensi (FELDA/FELCRA/LIGS)
CONTOH MANFAAT IPG KEPADA PEKEBUN KECIL
Berikut adalah contoh manfaat IPG yang akan pekebun kecil peroleh selepas membuat tuntutan yang berjaya:
TUNTUTAN IPG DI WAKTU PKP
Untuk makluman anda,
- Sepanjang tempoh PKP Pejabat LGM di seluruh Malaysia beroperasi setiap hari bekerja untuk menerima dan memproses borang permohonan IPG.
- Sebuah kotak khas disediakan di setiap pejabat LGM seluruh Malaysia bagi tujuan penerimaan borang permohonan IPG.
- Setiap permohonan IPG yang diterima akan diproses dan diluluskan dengan kadar segera.
Pemohon boleh log masuk ke Sistem Insentif Pengeluaran Getah untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan IPG.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian Hotline LGM di 1-800-888-474 (waktu bekerja) atau WhatsApp ke nombor 019 602 6001 / 109 625 7900 (selepas jam 5 petang).