Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Peringkat Ijazah Dalam Dan Luar Negara

Yayasan Sarawak dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) mempelawa calon-calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan Skim Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) untuk ambilan Sesi 2021/2022.

Permohonan Biasiswa yayasan Sarawak ini dibuka setiap tahun pada bulan Jun hingga Julai. Bagi tahun 2021, permohonan boleh dibuat mulai 1 hingga 29 Julai 2022.

Semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di perkongsian bawah.

BIASISWA YANG DITAWARKAN

Berikut adalah senarai biasiswa yang ditawarkan:

  • Biasiswa yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) – Kursus STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)
  • Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) – Kursus Bukan STEM

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat-syarat permohonan yang layak adalah:

  • Anak Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali Anak Kelahiran Sarawak);
  • Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf di dalam dan luar negara :
    – Ijazah Pertama – Untuk permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara sahaja
    – Ijazah Lanjutan – Untuk Permohonan penajaan di Institusi Dalam dan Luar Negara

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Pertama
    – Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya;
  • Ijazah Lanjutan
    – Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana
  • Kriteria Tambahan
    – Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
    – Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan.
    – Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti.

BIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN TAIB (BYSTT)

Biasiswa BYSTT ialah khusus untuk kursus dalam bidang STEM berikut:

  • Agricultural Engineering/ Agro Technology
  • Agriculture (Aquaculture/ Herbal Production)
  • Architecture
  • Astronomy
  • Botany
  •  Chemical Engineering
  •  Civil Engineering
  • Cognitive Science
  • Computer Science
  • Dentistry
  • Digital Economy Related Programs
  • Earth & Marine Science
  • Electrical & Electronic Engineering
  • Energy Resource Engineering
  • Environment Management
  • Food Technology
  • Forestry
  • Geological Science
  •  Geomatics Engineering/Land Surveying
  • Horticulture
  • Logistic
  • Marine Fisheries
  • Material Science
  • Mathematics
  • Mechanical Engineering
  • Metallurgy
  • Natural Product Chemistry
  • Numerical Analysis
  • Nursing (Geriatric Care)
  • Petroleum Engineering
  • Psychology
  • Public Health
  • Quantity Surveying
  • Safety & Health
  • Software Engineering
  • Statistics
  • Specialists Program in Pathology
  • Veterinary
  • Wildlife Management
  • Wood Technology, dan:-
  • Kursus – kursus lain yang berkaitan dengan STEM (Sains, Teknologi,
    Kejuruteraan dan Matematik

YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN

Biasiswa ini adalah untuk kursus dalam bidang BUKAN STEM berikut:

  • Accounting & Finance
  •  Social Science & Humanities
  • Business & Economics
  • Counselling
  • Communication
  • Design & Fashion
  • Education (Physics, Chemistry, Biology, Mathematics, TESL, Third Language; Mandarin, Arabic, France)
  • English Language
  • Fine Arts
  • Gastronomy
  • Hospitality & Tourism
  • Human Resource
  •  International Relations
  • Islamic Studies
  • Journalism
  • Law
  • Modern Language
  • Music
  • Philosophy dan:-
  • Kursus-kursus lain yang berkaitan dengan Bukan STEM

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

Ciri-ciri calon yang tidak layak membuat permohonan adalah:

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi Sains / Pra-Universiti / Foundation.
  • Pelajar-pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.
  • Pelajar-pelajar yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
  • Pelajar-pelajar yang tiada surat pelepasan/kelulusan majikan.

CARA MEMOHON

Permohonan salah satu biasiswa di atas boleh dikemukakan secara online sehingga Jumaat 30 Julai 2021 jam 4 petang. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

  1. Layari laman web Yayasan Sarawak
  2. Klik salah satu Biasiswa yang bersesuaian dengan kelayakan
  3. Klik Borang Permohonan untuk mohon
  4. Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI
  5. Salinan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu ;
  6. Pegawai atau kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa sama ada bergaji penuh atau separuh gaji ;
  7. Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa.
  8. Semua dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada:
    – Seksyen Biasiswa Yayasan Sarawak,
    Wisma Adenan,
    Jalan Sultan Tengah,
    Petra Jaya, KUCHING.

Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihan akan dibuat dengan mengambil kira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh panel.

Permohonan yang diterima selepas tarikh 29 Julai 2022 atau tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Seksyen Biasiswa di talian pejabat 082 441686.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma