Contoh Soalan Temuduga Pegawai Imigresen KP19 Beserta Tips Ketika Temuduga
Calon yang berjaya ditawarkan temuduga Pegawai Imigresen Gred KP19, sila ambil perhatian dengan perkongsian ini. Persediaan sebelum temuduga adalah perkara yang paling penting dilakukan oleh calon tidak kira persediaan daripada segi fizikal ataupun mental.
Penting untuk calon tahu contoh soalan yang bakal ditanya bagi jawatan yang ditawarkan agar calon dapat gambaran awal temuduga yang akan dihadiri.
Untuk makluman anda, contoh soalan yang dikongsikan ini adalah perkongsian seorang calon yang telah menghadiri temuduga jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19.
Isi Kandungan
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI IMIGRESEN
Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga jawatan Pegawai Imigresen yang biasa ditanya dalam temuduga SPA:
- Adakah anda pernah menghadiri sesi temuduga jawatan kerajaan sebelum ini?
- Jika Ya, apakah faktor yang anda rasa menyebabkan anda tidak berjaya dalam sesi temuduga tersebut?
- Apakah pekerjaan anda sekarang?
- Apakah kelebihan yang anda miliki berbanding calon temuduga lain
- Jika diterima menjawat jawatan sebagai Pegawai Imigresen KP19, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada jabatan?
- Terangkan tentang tanggungjawab dan skop kerja Pegawai Imigresen KP19?
- Jika ditawarkan bekerja di Sabah, Sarawak atau Labuan, adakah anda sanggup?
- Selain daripada berbahasa Melayu, apakah bahasa lain yang anda kuasai?
- Anda boleh berbahasa inggeris, jawab soalan berikut dalam bahasa inggeris. Terangkan fungsi Jabatan Imigresen Malaysia?
- Jabatan Imigresen Malaysia bernaung di bawah Kementerian mana?
- Siapakan menteri yang menerajui kementerian tersebut?
- Apakah Sempadan di Sabah?
- Kemerdekaan Negara
- Isu Semasa berkaitan
- Apakah Sempadan Sabah/Sarawak
- Contoh pintu masuk yang diwartakan
- Rukun Negara ke 3. Cuba kaitkan dengan tugas Pegawai Imigresen
TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA PEGAWAI IMIGRESEN
Berikut adalah beberapa nilai yang diambil kira ketika temuduga jawatan Pegawai Imigresen:
- Menjaga kelakuan (ATTITUDE)
- Menjaga cara percakapan
- Sekiranya tidak pasti dengan soalan, sila sokong pendapat panel 100%
- Sekiranya tahu tentang soalan yang diajukan, sila sokong pendapat panel dan tambah fakta sendiri (pastikan benar)
- Jika tidak boleh jawab soalan, sila beritahu anda tidak tahu dengan ikhlas dan mohon maaf
- Jangan sesekali MENIPU atau MENUKAR FAKTA
PERSEDIAAN FIZIKAL KETIKA TEMUDUGA
Bagi seorang yang betul-betul bersedia untuk menjawat jawatan Pegawai Imigresen, berikut adalah persediaan fizikal ketika temuduga yang perlu anda tahu:
- Wajah mesti TEGAS
- Jangan terlalu senyum
- Duduk dalam posisi TEGAK
- Handbag letak di atas meja yang disediakan
- Tangan di atas peha
- Bila masuk, tegakkan badan sebelum ucap salam
- Jangan ucap salam semasa berjalan
- Jaga tingkah laku.
Calon mesti ingat, menjawat jawatan seorang Pegawai Imigresen bukan satu tugas yang sambil lewa. Hanya calon yang memenuhi syarat perwatakan yang sesuai sahaja akan dipilih. Jadi, calon mestilah tunjukkan keperibadian yang tegas dan sesuai dengan jawatan yang dimohon.
Semoga perkongsian ini dapat membantu calon membuat persediaan sebelum menghadapi temuduga. Sebelum menghadiri temuduga, anda boleh juga baca Sebab Utama Calon Gagal Temuduga yang dikongsikan oleh SPA supaya calon boleh alert dengan kesilapan tersebut.