Syarat AM Kemasukan UPU Lepasan SPM Sesi 2020 Untuk Pelajar Lepasan SPM 2019, 2018 & 2017
Berminat untuk membuat permohonan UPU 2020 secara online? Sebagai panduan, berikut dikongsikan Syarat Am Kemasukan UPU iaitu untuk permohonan kemasukan ke UA/ IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM.
Jika anda melepasi syarat am ini, anda boleh menyemak syarat khas program pengajian yang anda minati pula nanti. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti adalah dibuka dalam masa terdekat berdasarkan hebahan terkini dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT).
BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan 2020. Ianya dikategorikan kepada dua (2) saluran kemasukan iaitu UA, IPG, Kolej Matrikulasi dan Politeknik Premier serta Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Isi Kandungan
SENARAI SYARAT AM PERMOHONAN UPU 2020
Berikut adalah Syarat-Syarat Am Program Pengajian Bagi Program Lepasan SPM Setaraf buat panduan dan rujukan pemohon.
SYARAT AM UPU PROGRAM LEPASAN SPM
Untuk ambilan UPU 2020, syarat am untuk ke program diploma di IPTA (Universiti Awam & Politeknik Premier) Syarat AM telah diturunkan dari 5 Kepujian kepada 3 Kepujian (termasuk Bahasa Melayu).
Manakala Syarat AM untuk ke ILKA ditetapkan dengan 3 kepujian (mana-mana mata pelajaran dengan lulus Bahasa Melayu dan Sejarah) Dengan penurunan Syarat AM pengambilan kali ini pastinya lebih ramai pelajar yang akan layak memohon.
Lepasan SPM dan setaraf adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada syarat am yang disertakan sebelum membeli Pin unik ID UPU di BSN dan membuat permohonan.
Syarat Permohonan UA, IPG, Kolej Matrikulasi & Politeknik Premier
Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia yang mempunyai No Kad Pengenalan/My Kad sahaja yang layak mengemukakan permohonan.
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun peperiksaan SPM 2019, 2018 & 2017.
Ringkasnya berikut merupakan Syarat AM Permohonan UPU 2020 ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi & Politeknik Premier. Rujuk jadual berikut;
- LIMA (5) Kepujian Termasuk Bahasa Melayu
- LULUS Sejarah
- TIGA (3) Kepujian Termasuk Bahasa Melayu
- LULUS Sejarah
Syarat Permohonan Ke Politeknik Konvensional, METrO, Kolej Komuniti & ILKA
Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia yang mempunyai No Kad Pengenalan/My Kad sahaja yang layak mengemukakan permohonan.
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun peperiksaan SPM 2019, 2018 & 2017.
Ringkasnya berikut merupakan Syarat AM Permohonan UPU 2020 ke Politeknik Konvensional, METrO, Kolej Komuniti & ILKA. Rujuk jadual berikut;
- TIGA (3) Kepujian
- Lulus Termasuk Bahasa Melayu & Sejarah
- Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Boleh Membaca, Menulis dan Mengira
MAKLUMAT LANJUT, PANDUAN & PERTANYAAN
Untuk mengikuti maklumat terkini atau pertanyaan, pemohon dinasihatkan untuk layari laman Facebook rasmi dan portal rasmi UPU melalui pautan yang disediakan di bawah.
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Semoga perkongsian Syarat Am UPU Lepasan SPM boleh dijadikan panduan dalam membuat permohonan. Selamat memohon dan diucapkan semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan daripada Institusi Pengajian Tinggi yang dihajati.