Permohonan Bantuan AM Persekolahan Baitulmal 2020 Di Buka

Permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal 2020 Di Buka.

Untuk makluman ibu bapa, waris dan pelajar, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal bagi tahun 2020.

Bagi pelajar dari keluarga yang layak, anda boleh membuat permohonan bantuan persekolahan ini dengan menghantar butiran permohonan yang diperlukan.

Bantuan Persekolahan AM ini pastinya sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa khususnya yang kini sedang menanggung anak-anak mereka bagi kemasukan dan permulaan sesi persekolahan yang baru pada tahun 2020 kelak.

Permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal ini telah dibuka mulai 1 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020 iaitu bagi permohonan Sekolah Luar Wilayah.

INFO PERMOHONAN BANTUAN AM BAITULMAL

Bantuan AM Persekolahan Baitulmal

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN

  • Beragama Islam
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap
  • Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah yang telah ditetapkan
  • Tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihak
  • Pelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri

Borang permohonan boleh didapati :

  • Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)
  • Aras 1, Bangunan Perkim, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur
  • Muat turun borang di laman web MAIWP

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disertakan Dokumen Sokongan yang Lengkap hendaklah dihantar kepada :

đŸ‘‰Guru Baitulmal Sekolah bagi pelajar yang bersekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
đŸ‘‰Kaunter Baitulmal (Aras 1, Bangunan PERKIM) atau Pusat Agihan Zakat (PAZA) bagi pelajar yang bersekolah di Luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Bagi permohonan bantuan am persekolahan yang bersekolah DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN borang permohonan boleh diambil melalui Guru Baitulmal di sekolah masing-masing.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI BAWAH

Untuk mengemukakan permohonan, sila download borang permohonan melalui pautan yang disediakan di bawah.

DOWNLOAD BORANG DISINI

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma