Iklan Jawatan Pegawal Keselamatan Gred KP11. 415 Kekosongan Untuk Lepasan PMR
Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan yang ditetapkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan Jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 yang ditawarkan.
Lepasan PMR / SRP / PT3 dialu-alukan untuk membuat permohonan. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO)
- Lokasi Kekosongan: Seluruh Negara
- Tarikh Tutup Permohonan: 26 Julai 2020 (Ahad)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh calon:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
– Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
– bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00). - Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan
– hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. -
mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
– tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
– berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
– mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
– mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
– lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
– pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
– diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
KELEBIHAN JAWATAN
Antara kelebihan jawatan yang ditawarkan adalah:
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit dan lain-lain
CARA MEMOHON
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu setahun daripada tarikh mendaftar.
Calon-calon juga dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 26 Julai 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.
Mohon segera dengan klik butang di bawah: