Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor Secara Online
Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor (LZS) merupakan medium bagi permohonan Surat Tajaan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) dan permohonan Bantuan Persediaan Masuk IPT kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang telah berdaftar dengan LZS untuk melanjutkan pengajian mereka di IPT.
Kini permohonan boleh dilakukan secara atas talian untuk memudahkan urusan pemohon.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Demasiswa Pengajian Tinggi oleh Zakat Selangor.
Isi Kandungan
PANEL PUSAT PENGAJIAN LZS
Permohonan dibuka kepada calon yang menyambung pengajian ke IPT berikut:
- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
- Projek Khas Kemahiran Kerjaya
- Institusi Khas Mualaf
SYARAT PERMOHONAN
Antara syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah:
- Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
- Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
- Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT).
PERMOHONAN SECARA MANUAL
Permohonan Dermasiswa Pengajian Tinggi secara manual kini telah ditamatkan dan permohonan tajaan ini sepenuhnya menggunakan Portal Pendidikan.
Terdapat permohonan bantuan pendidikan peringkat pengajian tinggi LZS yang masih kekal permohonannya secara manual di kaunter LZS. Senarai bantuan tersebut adalah seperti berikut:
- Bantuan Wang Saku
- Bantuan Penginapan (bagi pelajar yang menyewa sendiri di luar kampus)
- Bantuan Buku Rujukan
- Bantuan Tuntutan Tiket Penerbangan (IPT di Sabah & Sarawak sahaja)
PERMOHONAN DERMASISWA SECARA ONLINE
Permohonan perlu dilakukan di Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor. Daftar Kali Pertama bagi pemohon yang belum pernah membuat pendaftaran.
Pemohon boleh membuat permohonan pada bahagian Bantuan > Permohonan dan Rekod Bantuan > Permohonan Baru dan langkah seterusnya boleh dirujuk di Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan.
Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat dan lampiran dokumen yang diperlukan dengan betul setiap bahagian berikut sebelum menghantar permohonan:
- Maklumat Pendidikan
- Maklumat Bantuan
- Lampiran Dokumen
TEMPOH PROSES PERMOHONAN
Tempoh kelulusan permohonan ini adalah berdasarkan kepada jumlah yuran sepanjang pengajian yang dipohon merujuk kepada kategori berikut:
- Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM10,000 – 6 hari bekerja
- Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM50,000 – 8 hari bekerja
- Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM100,000 – 10 hari bekerja
- Jumlah yuran sepanjang pengajian >RM100,000 – 16 hari bekerja
Setelah permohonan diluluskan, pemohon boleh mencetak surat tajaan BDPT dan pelajar boleh mendaftar ke IPT sebagai pelajar tajaan LZS.
Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pemohon dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas pemohon bersetuju meneriwa tawaran penajaan BDPT LZS di Portal Pendidikan.
Sebarang pertanyaan dan panduan, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.