Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya • Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya •

Tarikh Rasmi Sekolah Dibuka Mengikut Fasa PPN

Oleh Cikgu Shaari • October 1, 2021 • 2 min baca

Tarikh Rasmi Sekolah Dibuka Mengikut Fasa PPN
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021.

Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sebelum ini KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah pada 1 September, namun terkini tarikh tersebut telah DIBATALKAN.

Baca info selanjutnya tarikh rasmi sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara bersemuka.

KERJASAMA RAPAT KPM DENGAN CITF

KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imuniasasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan. Sehingga 16 Julai 2021, seramai 253,366 orang guru dan pentadbir (61.30%) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33) telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.

TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH

KPM telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengopersian institusi pendidikan bawah KPMmengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas 2 minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

Bermula 1 Oktober 2021, negeri Selangor dan Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 3 PPN. Oleh itu, pengoperasian institusi di negeri berkenaan mengikut ketatapan Fasa 3 PPN akan bermula pada:

  • 18 Oktober 2021

Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Kedah untuk murid kelas Tingkatan 6 Semester 2 dan kelas peperiksaan antarabangsa pula kekal pada:

  • 10 Oktober 2021

Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk jadual pembukaan sekolah mengikut fasa di bawah:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk  pemakluman berikut:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.