Autolife Insurance: Waris Tak Perlu Tanggung Hutang Kereta Jika Pemilik Meninggal Dunia

Pasti ramai yang tidak tahu mengenai Autolife Insurance kan? Anda pernah dengar atau tidak mengenai Autolife Insurance ini? Autolife Insurance ini kita boleh ambil ketika hendak tandatangan perjanjian pembelian kereta baru. Namun, kebanyakan pihak penjual kereta tidak menawarkan Autolife Insurance ini kepada pembeli. Tidak pasti apa alasannya.

Penting tau untuk anda ambil Autolife Insurance! Bukan untuk memudahkan urusan anda sahaja, malah urusan waris anda jika sesuatu terjadi kepada diri anda.

Kenapa anda perlu ambil Autolife Insurance?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kenapa anda perlu ambil Autolife Insurance dan bagaimana nak apply semasa beli kereta.

KEPENTINGAN & CARA APPLY AUTOLIFE INSURANCE

Jika pemilik kenderaan ambil Autolife Insurance untuk kenderaannya, waris tidak perlu sambung bayar hutang kereta yang masih belum selesai sekiranya pemilik meninggal dunia.

Autolife Insurance: Waris Tidak Perlu Tanggung Hutang Kereta Jika Pemilik Meninggal Dunia

Autolife Insurance ini tidak dimasukkan secara automatik sekali dalam bayaran ketika membeli kereta, pembeli sendiri perlu request pada pihak bank. Anda boleh request di bank semasa nak menandatangani perjanjian pembelian kereta baru.

Untuk ambil Autolife Insurance, anda hanya perlu bayar sekali sahaja. Setiap bank ada plan Autolife Insurance yang tersendiri dan harganya berbeza mengikut jumlah pinjaman dan jenis bank.

Jika anda sudah memiliki kereta tetapi masih belum mengambil insuran ini, anda masih boleh mengambilnya. Anda hanya perlu hubungi pihak bank yang anda buat loan kereta tersebut dan maklumkan kepada mereka bahawa anda mahu buat Autolife Insurance.

Autolife Insurance: Waris Tidak Perlu Tanggung Hutang Kereta Jika Pemilik Meninggal Dunia

Baca juga: Cara Tukar Nama Geran Kereta & Motosikal Jika Pemilik Meninggal Dunia

Kesimpulannya, anda dinasihatkan untuk ambil Autolife Insurance ini bagi mengelakkan keluarga anda yang menanggung beban hutang jika anda meninggal dunia nanti. Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada kita nanti, jadi sebaiknya lakukan persediaan awal.

Tidak mahal pun untuk ambil insurance ini. Semakin muda umur anda, semakin murah harga untuk Autolife Insurance. Sekali seumur hidup! Anda boleh cek sekarang dengan bank berkaitan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma