Cara Guna Simpanan KWSP Untuk Melabur Dalam Unit Amanah Yang Ramai Tak tahu
Ramai yang tidak tahu sebenarnya kita boleh gunakan duit dalam akaun 1 KWSP untuk buat pelaburan dalam unit amanah melalui Skim Pelaburan Ahli (SPA).
Melalui skim ini, ahli yang mempunyai simpanan secukupnya boleh memindahkan sebahagian dari dana dalam Akaun 1 untuk dilaburkan melalui Institusi-institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut dan cara membuat pelaburan dari akaun KWSP melalui Skim Pelaburan Ahli (SPA).
Isi Kandungan
SKIM PELABURAN AHLI (SPA)
Bermula 1 Mei 2020, ahli KWSP yang membuat Pelaburan di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) akan menikmati pengurangan caj jualan yang dikenakan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) untuk tempoh 12 bulan sehingga 30 April 2021.
Pelaburan yang dilaksanakan melalui i-Invest dalam i-Akaun (Ahli) tidak akan dikenakan sebarang caj jualan oleh IPD, manakala pelaburan yang dilaksanakan melalui ejen akan dikenakan caj yang dikurangkan dari sehingga 3% kepada sehingga 1.5% sahaja oleh IPD.
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan untuk membuat pelaburan di bawah skim ini adalah:
- Warganegara Malaysia/ Penduduk Tetap (PR)/ Bukan Warganegara (Berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
- Umur 55 Tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan KWSP yang secukupnya
- Permohonan melalui kaunter/ agen IPD atau i-Akaun (Ahli)
- Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP turut layak.
- Ahli berumur 55 tahun dan ke atas, boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pelaburan). Pelaburan ini tidak terikat dengan syarat-syarat Skim Pelaburan Ahli. Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat dalam talian melalui i-Akaun (Ahli).
AMAUN KELAYAKAN PELABURAN
Ahli Berumur Bawah 55 Tahun
Ahli boleh memindahkan simpanan untuk melabur seperti berikut:-
- Sehingga maksimum 30% daripada jumlah lebihan Simpanan Asas dalam Akaun 1
- Amaun minimum pelaburan adalah RM1,000.00
- Formula pengiraan: (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%.
Ahli Berumur 55 Tahun Dan Ke Atas
Ahli boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55/60 Tahun
(Pelaburan).
- Pelaburan ini tidak terikat dengan syarat-syarat Skim Pelaburan Ahli
- Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat dalam talian melalui platform i-Invest
*Ahli dinasihatkan menyemak baki simpanan Akaun 1/ Akaun 55/ Akaun Emas dan amaun kelayakan pelaburan terlebih dahulu melalui i-Akaun (Ahli) sebelum membuat pelaburan.
Kalkulator Kira Jumlah Yang Boleh Dilaburkan
Gunakan kalkulator untuk mendapatkan anggaran amaun kelayakan yang boleh dipindahkan daripada akaun KWSP bagi tujuan pelaburan di Institusi Pengurusan Dana yang dilantik.
Kira di sini:
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan Melalui Ejen/ Kaunter IPD
Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan melalui Ejen/ Kaunter IPD adalah:
- Dokumen Pengenalan Diri atau Pasport
- Borang permohonan KWSP 9N (AHLI) dan senarai semak dokumen
Permohonan Melalui Platform i-Invest
Antara perkara yang diperlukan untuk membuat permohonan melalui platform i-invest adalah:
- Ahli mendaftar sebagai pengguna i-Akaun (Ahli)
- Ahli mempunyai nombor yang berdaftar bagi penerimaan nombor TAC
Anda boleh daftar i-Akaun di kiosk KWSP yang disediakan dengan mudah sekali, tidak perlu beratur panjang. Semak senarai kiosk KWSP dan cara daftar i-Akaun di pautan berikut:
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan pelaburan boleh dibuat dengan 2 kaedah iaitu melalui Platform i-invest atau melalui Borang Permohonan IPD/IUTA.
Semak senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik untuk anda buat permohonan pelaburan di sini:
Dapatkan Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) dan Senarai Semak Dokumen berikut untuk permohonan pelaburan:
Borang permohonan KWSP 9N (AHLI) dan senarai semak dokumen
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli yang disediakan untuk Ahli KWSP membuat pelaburan, anda boleh lihat risalah yang disediakan dan layari pautan berikut: