Bayaran Insentif RM900 Untuk Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP)
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan Bayaran Insentif sebanyak RM900 setiap orang untuk penyertaan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA. Bayaran insentif ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengasuh-pengasuh yang berkelayakan dalam industri pengasuhan kanak-kanak di Malaysia.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bayaran insentif dan cara untuk memohon.
Isi Kandungan
FAEDAH PESERTA KURSUS
Faedah yang akan diperolehi oleh peserta kursus adalah seperti berikut:
- Yuran Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP) peserta akan dibiayai menggunakan insentif ini
- Menerima Sijil KAP setelah selesai menjalanan kursus ini
- Diiktiraf sebagai pengasuh berdaftar
SYARAT KELAYAKAN
Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas
- Pengasuh di TASKA berdaftar yang belum hadir dan lulus KAP / KAAK
- Individu yang berminat untuk bekerja untuk bekerja dalam industri pengasuhan kanak-kanak
KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS
Kaedah pelaksanaan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak melalui insentif ini adalah:
- KAP dijalankan secara atas talian
- Penilaian peserta adalah melalui peperiksaan dan praktikum
CARA MEMOHON
Bagi pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, dapatkan borang permohonan insentif di pejabat JKM Negeri atau melalui laman sesawang ezi2care di pautan berikut:
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan kadar bayaran insentif RM900 seorang ini kepada agensi latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Untuk pertanyaan lanjut berhubung perkara ini anda boleh hubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03 8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau WhatsApp Talian Kasih 019 2615999. Anda juga boleh kunjungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan untuk maklumat lanjut.