Mohon Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RISDA, Terima Bantuan Sehingga RM20,000

RISDA melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) menggalakkan Pekebun Kecil melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Bagi memantapkan pelaksanaan program ini, RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program Aktiviti Ekonomi Tambahan yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil.

Pelan tindakan baru ini dirangka bagi mencapai objektif RISDA agar pekebun kecil memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2020.

Isi Kandungan

PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN

Program ini menyediakan bantuan peralatan, kelengkapan dan input bagi menjalankan projek-projek berikut:

  • Bidang Perkhidmatan
  • Bidang Makanan
  • Bidang Pembuatan
  • Bidang Pertanian

Mohon Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RISDA, Terima Bantuan Sehingga RM20,000

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  • Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia ataupun isteri/suami/anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40
  •  Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
  • Pemohon mesti berkeupayaan melaksanakan projek secara sepenuh masa
  • Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek.
  • Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup).

KADAR BANTUAN

  • Had maksimum bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan bagi semua bidang adalah RM20,000 bagi setiap keluarga Pekebun Kecil.
  • Bagi penerima AET sebelum Tahun 2016, had maksimum bantuan tambahan adalah RM10,000

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah:

  • Borang Permohonan AET
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil
  • Salinan Dokumen Geran Tanah & No. IC
  • Senarai peralatan/mesin/bahan mentah beserta sebutharga
  • Kertas Kerja Pelan Perniagaan
  • Softcopy Slide Pembentangan Projek (powerpoint)

Baca juga: Mohon Bantuan Peralatan Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA)

CARA MEMOHON

Semua permohonan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan perlu diisi menggunakan format Borang Permohonan seperti di Lampiran 1. Borang permohonan ini juga perlu disertakan dengan Kertas Kerja Pelan Perniagaan seperti di Lampiran 2.

Download borang-borang berkaitan AET berikut untuk membuat permohonan:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN AET

BORANG SETUJU TERIMA PROGRAM AET

SURAT AKUAN AET

SURAT STATUS PERMOHONAN AET

FORMAT KERTAS PROJEK AET

Pemohon boleh kemukakan semua dokumen berkaitan beserta Borang Permohonan AET ke Pejabat RISDA berdekatan anda. Semak senarai Pejabat RISDA mengikut negeri berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma