Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Perkhidmatan Van Jenazah Percuma Di Sekitar Utara

Oleh Cikgu Shaari • July 15, 2020 • 2 min baca

Perkhidmatan Van Jenazah Percuma Di Sekitar Utara
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebuah syarikat insurans menyediakan perkhidmatan dua van jenazah secara percuma sekitar utara bermula semalam bagi membantu meringankan beban ahli keluarga jika berlaku kematian. Sebagai sebuah syarikat Bumiputera Islam, khidmat yang disediakan itu adalah tanggungjawab mereka membantu masyarakat terutama saudara seagama bagi memudahkan urusan pengebumian

Idea untuk membantu tersebut timbul selepas melihat kekangan ahli keluarga yang terpaksa mencari van jenazah bagi kes yang melibatkan kematian di hospital yang jauh atau berada di luar kawasan.

PERKHIDMATAN VAN JENAZAH

Apabila berlaku kematian ahli keluarga terutama kes membabitkan dari hospital luar negeri ataupun luar kawasan, jenazah yang hendak dibawa pulang ke tempat pengebumian atau di halaman sendiri mestilah dibawa menggunakan kenderaan jenazah. Banyak aspek yang menjadi masalah kepada ahli keluarga terutama kekangan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

Disebabkan masalah itu, syarikat ini tampil dengan usaha menyediakan perkhidmatan van percuma untuk membantu mereka yang sangat memerlukan khidmat ini.

KAWASAN TERLIBAT

Sebagai permulaan fokus perkhidmatan van jenazah percuma ini adalah di sekitar kawasan negeri berikut:

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak

PELUANG PEKERJAAN

Syarikat ini juga menyediakan peluang pekerjaan melalui 12 cawangan iaitu:

  • Perlis – 1
  • Kedah – 5
  • Pulau Pinang – 5
  • Perak – 1

CARA DAPATKAN KHIDMAT VAN JENAZAH PERCUMA

Perkhidmatan ini diuruskan dan ditanggung oleh pengurusan DFZ Agency Sdn. Bhd dan bagi yang mahu menggunakan perkhidmatan van jenazah percuma ini boleh hubungi talian berikut:

  • 012 4079545 (Khairul)

Banyak individu yang kehilangan mata pencarian semasa pandemik COVID-19 dan mereka harap khidmat percuma itu mampu meringankan beban keluarga yang terkesan dengan masalah tersebut. Semoga kemudahan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.