Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

Oleh Cikgu Shaari • July 14, 2020 • 2 min baca

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Zaman yang serba canggih ini hampir keseluruhan urusan kini dilakukan secara atas talian. Jarang kan kita nampak urusan sekarang melalui surat menyurat? Kecuali urusan rasmi seperti surat dari bank, mahkamah dan lain-lain. Jika anda masih belum mempunyai akaun email, anda dicadangkan untuk buka akaun Gmail kerana banyak urusan boleh dilakukan dengan mudah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan mudah anda daftar akaun Gmail.

CARA DAFTAR AKAUN GMAIL

Langkah 1

Layari laman web Account Gmail 

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

Langkah 2

Klik Buat Akaun dan pilih kategori mengikut keperluan anda

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

Langkah 3

Isi maklumat yang diminta beserta alamat email yang anda mahu dan kata laluan. Pastikan anda ingat kata laluan yang dibina untuk log masuk nanti. Klik Seterusnya

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

Langkah 4

Masukkan nombor telefon yang aktif, emel sokongan (jika ada), tarikh lahir dan jantina anda. Klik Seterusnya

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

Langkah 5

Buat pengesahan nombor telefon kerana kod pengesahan akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang diberi. Jika betul, klik Hantar

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

Langkah 6

Masukkan Kod Pengesahan yang diterima melalui SMS

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

Langkah 7

Baca Privasi dan Syarat, Klik Saya Setuju jika anda setuju dengan syarat yang ditetapkan.

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

Langkah 8

Dah siap! Akaun Gmail anda kini sudah sedia digunakan.

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

CARA LOGIN AKAUN GMAIL

Untuk log masuk ke akaun Gmail, anda hanya perlu masukkan email seperti yang anda bina tadi dan kata laluan yang betul. Login Gmail di pautan berikut:

Panduan Lengkap Untuk Daftar Akaun Gmail

Baca juga: Cara Ubah Resume Menjadi CV Dengan Mudah

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk panduan anda membuka akaun Gmail nanti. Sebagai nasihat buat anda, lebih baik anda gunakan nama sebenar ketika mendaftar akaun kerana mudah nanti jika anda ingin berurusan secara rasmi melalui email. Contohnya seperti urusan meminta kerja, jangan pula anda guna akaun email dengan nama tidak rasmi.

Selamat mencuba!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.