Tekun Mobilepreneur 4.0: Mohon Bantuan Sehingga RM10,000 Untuk Baik Pulih/ Beli Motor

Dalam membantu Rider yang terjejas akibat pandemik COVID-19, TEKUN Nasional mengambil langkah proaktif dengan menawarkan bantuan melalui Program Tekun Mobilepreneur.

Pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran motosikal ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan COVID-19.

Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 juga merupakan kesinambungan Program Tekun Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020.

JUMLAH PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

TEKUN Nasional melalui Tekun Mobilepreneur 4.0 menawarkan pembiayaan seperti berikut:

  • Pembiayaan sehingga RM10,000 untuk:
    i) Pembelian motosikal
    ii) Baik pulih motosikal
    iii) Modal pusingan

SYARAT KELAYAKAN

Untuk memohon pembiayaan TEKUN Mobilepreneur, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18 – 60 tahun
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar & sah
  • Terlibat secara langsung / separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma & syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberi keutamaan.

CARA MOHON TEKUN MOBILEPRENEUR

Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Tekun Mobilepreneur 4.0: Mohon Bantuan Sehingga RM10,000 Untuk Baik Pulih/ Beli Motor

Pemohon boleh semak SENARAI PEJABAT CAWANGAN TEKUN NASIONAL di seluruh negara. Tempoh proses permohonan pembiayaan adalah selama 7 hari bekerja.

Pemohon diminta untuk menyediakan beberapa dokumen dan borang permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah:

  • Borang permohonan pembiayaan JPP02 atau JPP17
  • Gambar pemohon ukuran passport
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
  • Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama & transaksi terakhir)
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Salinan geran motosikal pemohon
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah Surat Sokongan Syarikat eHailing
  • Peta lokasi rumah dari pejabat TEKUN cawangan yang berdekatan

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN

Untuk melengkapkan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur, anda perlu lengkapkan Borang JPP01 dan Borang JPP02. Dapatkan borang tersebut di bawah.

BORANG JPP01 – SENARAI SEMAK

BORANG JPP02 – BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN TEKUN

BORANG PERMOHONAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Proses permohonan pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 mengambil masa selama 7 hari bekerja sahaja.

Pemohon dinasihatkan untuk rujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai permohonan pembiayaan atau layari laman TEKUN Nasional.

Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh layari melalui pautan berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma