Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BKNS) Untuk Pengajian IPT
Permohonan untuk Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) bagi calon yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda sesi 2022/2023 akan dibuka pada 26 September hingga 9 Oktober 2022.
Tawaran BPKNS adalah terbuka kepada pelajar baru dan yang sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) selaku urus setia akan mempertimbangkan permohonan bagi pemberian biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Semak syarat kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan biasiswa di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan untuk Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 26 September hingga 9 Oktober 2022
KADAR PEMBIAYAAN
Kadar pembiayaan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak adalah seperti berikut:
BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)
BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk:
- Yuran Pengajian
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Pengangkutan
- Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain
Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.
Manakala bagi pelajar yang gagal atau menamatkan/ditamatkan penajaan BPKNS, bayaran 100% akan dikenakan.
SYARAT PERMOHONAN BPKNS
Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon biasiswa Sarawak adalah:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak
- Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program pengajian IPTA sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja
- Terbuka kepda semua kursus pengajian KECUALI Pendidikan dan Perubatan
- Pelajar yang menerima tawaran BPKNS wajib membatalkan bantuan pendidikan yang lain
PENDAFTARAN SARAWAK ID
Sebelum membuat permohonan biasiswa Sarawak, pemohon WAJIB mendaftar Sarawak ID dengan langkah berikut:
- Layari laman Pendaftaran Sarawak ID
- Pilih salah satu sama ada anda ingin membuat akaun MyKad atau Sahabat Sarawak (bagi bukan warganegara)
- Setiap pemohon hanya boleh mendaftar satu akaun Sarawak ID sahaja
- Sarawak ID akan menghantar emel pengaktifan akaun ke alamat e-mel anda. Sila pastikan anda menggunakan emel yang sah semasa mendaftar.
CARA MEMOHON BPKNS
Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak boleh dilakukan secara online di laman e-scholarship. Untuk membuat permohonan biasiswa, ikuti langkah berikut:
- Layari laman web e-scholarship menggunakan pelayar web (Web Browser) Mozilla Firefox atau Internet Explorer.
- Jika anda merupakan pemohon baru, sila klik pada Daftar Akaun Baru Di Sini untuk mendaftar.
- Sekiranya anda pernah memohon e-scholarship, sila Log Masuk nombor Kad Pengenalan serta Kata Laluan (Log Masuk Bukan Sarawak ID) untuk log masuk (log-in).
- Sekiranya anda mempunyai Sarawak ID, sila klik Log Masuk Sarawak ID untuk log masuk (log-in).
- Sila lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon serta Maklumat Tambahan Pemohon. Kemudian, sila klik pada Permohonan dan seterusnya klik pada Permohonan Baru.
- Sila lengkapkan Maklumat Permohonan Biasiswa. Para pemohon dikehendaki untuk menyemak butiran pemohon dengan teliti. Maklumat permohonan yang telah dihantar tidak dapat diubah oleh pemohon. Sebarang perubahan hendaklah dikemukakan secara bertulis ke pejabat SPANS.
- Pastikan anda menyemak Semak Status Permohonan sebelum log keluar (log-out).
- SPANS berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap.
Baca juga: Semak Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) RM1500
CARTA ALIR PENGISIAN PERMOHONAN BKNS
Berikut adalah carta alir atau proses pengisian permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) bagi pemohon baru.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di tingkat 9, Wisma Satok atau hubungi talian 082-236 325/ 236 554. Anda juga boleh rujuk maklumat lanjut di laman Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak.
Baca juga: Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak (EFS), Terima RM1000 Untuk Bayi Baru Lahir