Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tawaran Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah, Elaun & Kemudahan Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • September 27, 2022 • 2 min baca

Tawaran Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah, Elaun & Kemudahan Disediakan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bumiputera Sabah dipelawa untuk mohon ikuti Kursus Jangka Pendek selama 2- 3 bulan di Pusat Warisan Kraf, Yayasan Sabah bagi tahun 2023 seperti yang ditawarkan. Penawaran kursus adalah percuma kepada anak Sabah yang berkelayakan. Pelbagai kemudahan termasuk elaun sara diri disediakan sepanjang tempoh kursus.

Bagi yang berminat dengan kursus yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online di pautan disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT KURSUS

  • Jenis kursus: Kursus Jangka Pendek
  • Anjuran: Pusat Warisan Kraf, Yayasan Sabah
  • Tempoh kursus: 2 bulan hingga 3 bulan
  • Kadar yuran: Percuma

KURSUS DISEDIAKAN

Berikut adalah antara kursus jangka pendek yang disediakan:

  • Asas Ukiran Logam
  • Asas Jahitan Sulaman & Kreatif
  • Asas Lukisan Fabrik Abstrak

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan disediakan kepada peserta kursus ini adalah:

  • Asrama
  • Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap
  • Makan dan Minum Disediakan (Pagi, tengah hari dan malam)
  • Elaun sara diri

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Bumiputera Sabah sahaja
  • Had umur pelatih 17 hingga 45 tahun
  • Keupayaan minimum boleh membaca/ menulis/ mengira
  • Golongan E-Kasih/ B40/ berpendapatan bawah RM3,000
  • Minat dalam bidang kraf/ keusahawanan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan kursus ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan bawah:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan kursus ditawarkan, anda boleh hubungi En. Khairil di talian 010 5580018.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.