Anda Ada Modal Kecil, Ini 6 Idea Perniagaan Mudah Yang Anda Boleh Cuba
Sudah penat bekerja di bawah seliaan majikan, tetapi gaji masih tidak mencukupi untuk menanggung hidup. Anda terfikir untuk berniaga? Itu adalah penyelesaian yang terbaik sekali! Sedangkan Islam sendiri menggalakkan umatnya berniaga.
Berniaga ini seronok dan mudah sahaja jika anda minat. Aktiviti perniagaan dalam kalangan anak mudah pada hari ini pula bukanlah perkara yang luar biasa. Semakin ramai golongan muda yang berjaya dengan berniaga.
Jika anda berhasrat untuk berniaga tetapi tidak mempunyai ilmu dan modal yang besar, ini cadangan untuk anda 6 perniagaan mudah yang boleh anda mulakan.
Isi Kandungan
6 IDEA PERNIAGAAN DENGAN MODAL YANG KECIL
1. Bisnes Air Balang
Tahu tak sebenarnya hanya dengan menjual air balang, keuntungan yang diperoleh boleh mencecah RM7,000 sebulan? Mungkin ramai yang tidak tahu dan memandang rendah dengan perniagaan ini, tetapi itu lah hakikatnya. Jika diikutkan, modal untuk memulakan bisnes air balang merupakan bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak.
Namun untuk memulakan bisnes ini juga banyak strategi yang perlu anda tahu contohnya dari segi tapak niaga, pemilihan lokasi bazar, peralatan yang diperlukan, pengurusan masa dan resepi air yang enak untuk menarik pelanggan.
Jika anda ingin memulakan bisnes ini tetapi buntu untuk fikirkan semua strategi itu, anda boleh rujuk di sini: Jana Pendapatan RM7K Sebulan Hanya Dengan Jual Air Balang
2. Bisnes Lazada
Tahu tak Lazada merupakan platform marketplace yang terbesar di Asia? Ditambah dengan promosi-promosi yang sering dilakukan di televisyen, surat khabar serta di media-media massa yang lain, Lazada kini menjadi sebuah website yang paling dipercayai oleh orang ramai untuk membeli belah secara online.
Sebab itulah Lazada merupakan satu peluang yang luas untuk anda mengembangkan perniagaan.
Jika anda perlukan panduan lengkap dan strategi untuk memperoleh 6 angka dalam bisnes Lazada anda boleh rujuk di sini: Cara Mudah Berniaga Di Lazada, Boleh Buat Di Rumah Sahaja.
3. Bisnes Shopee
Platform ini lebih kurang sama sahaja macam ebay, lelong dan juga Lazada. Ianya sebuah website marketplace iaitu tempat orang ramai menjual dan membeli barang. Majoriti pengguna di Malaysia menggunakan platform ini untuk membeli pelbagai jenis barangan.
Sebab itulah anda perlu cuba memulakan perniagaan di platform Shopee. Cuba dapatkan pembekal barangan murah dan jual di Shopee. Jika jual dengan cara yang betul, pasti keuntungan berganda!
Untuk ketahui strategi tingkatkan jualan Shopee, anda boleh rujuk di sini: Cara Tingkatkan Jualan Shopee Menggunakan Followers, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu
4. Bisnes Jual Buah Potong
Keuntungan daripada menjual buah potong ini jika diikutkan boleh mencecah 50% hingga 60% daripada modal yang dikeluarkan. Contohnya anda keluarkan modal sebanyak RM20 untuk membeli sebiji buah tembikai. Daripada sebiji buah tersebut anda boleh bahagikan kepada 50 bungkus buah potong yang dijual dengan harga RM1 sebungkus.
Untung yang akan anda peroleh adalah sehingga RM30. Tetapi untuk mendapatkan keuntungan yang banyak, anda perlu lah bijak memilih tempat yang ramai orang untuk jual buah potong anda. Target jual sehari 200 bungkus. Tidak susah pun!
5. Bisnes Bundle
Pernah anda dengar kisah pemuda umur 20 tahun, jual bundle sahaja boleh beli rumah untuk keluarga? Jika belum, baca sekarang dan lihat bagaimana kisah ini boleh memberi inspirasi kepada anda. Bisnes bundle juga merupakan satu bisnes yang sesuai untuk dijalankan kerana keuntungan yang diperoleh agak memuaskan.
Tidak tahu cari pembekal bukanlah alasan. Anda boleh baca di sini: Cara Dapatkan Supplier Bundle Berkualiti & Langkah Penting Mulakan Bisnes Bundle.
6. Order dan Jual Barang Original Jepun
Ini merupakan salah satu idea perniagaan mudah yang anda boleh cuba hanya berbekalkan laptop dan komputer di rumah.
Order dan jual barang dari Jepun merupakan salah satu idea yang boleh anda cuba. Potensi pasaran barangan Jepun yang original mempunyai peminatnya yang tersendiri di Malaysia.
Sekiranya anda tak tahu bagaimana bermula anda boleh dapatkan panduan Japan Method di bawah yang bakal tunjukkan cara mudah bagaimana anda boleh mula berniaga barang original Jepun ini.
Anda boleh rujuk panduan Japan Method ini atau klik image di bawah.
Kesimpulannya, tiada siapa pun tidak boleh berjaya dengan berniaga. Orang yang tidak percaya diri sahaja akan melengah-lengahkan masa lagi untuk memulakan perniagaan. Semua penyelesaian untuk setiap perniagaan telah dinyatakan di atas.
Apa yang perlu sekarang adalah TINDAKAN oleh anda sendiri. Anda sendiri yang menentukan kehidupan anda. Semoga bermanfaat!