Daftar MYFutureJobs PERKESO PenjanaKerjaya Untuk Penganggur

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan kehilangan pekerjaan akibat daripada wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Graduan yang baru tamat pengajian juga mula bimbang pasaran kerja pada masa kini semakin berkurangan.

Namun, kerajaan tidak pernah diam dan biarkan rakyatnya dalam kesusahan. MYFutureJobs iaitu sebuah portal bagi membantu penganggur dan graduan mencari kerja dan menyediakan padanan pekerjaan telah diperkenalkan oleh kerajaan.

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Portal MyFutureJobs bagi penganggur atau graduan yang ingin mencari pekerjaan dan Program Pengambilan Kerja bagi majikan, ikuti perkongsian di bawah.

PORTAL MYFUTUREJOB

Daftar MYFutureJobs PERKESO PenjanaKerjaya Untuk Penganggur

MYFutureJob adalah satu portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya dilancarkan susulan program Penjana Kerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

PERKESO menggalakkan semua rakyat Malaysia yang menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal ini. Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet untuk urusan pendaftaran, anda boleh terus hubungi pihak PERKESO atau hadirkan diri ke pejabat PERKESO berdekatan.

Majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing boleh mendaftarkan profil syarikat di penjanakerjaya.perkeso.gov.my  bermula 15 Jun. Majikan yang mengambil pekerja menerusi program ini mesti mendaftarkan pekeja-pekerja ini dengan PERKESO bagi caruman wajib.

CARA DAFTAR PORTAL MYUTUREJOBS

Bagi penganggur yang ingin mendaftarkan diri ke dalam Portal MYFutureJob untuk mencari pekerjaan, sila ikut langkah ini:

  1. Layari portal MYFutureJobs 
  2. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register’
  4. Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
  5. Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.

LOG MASUK KE PORTAL MYFUTUREJOBS

Setelah mendaftar, ikut langkah berikut untuk log masuk ke portal:

  1. Layari portal MYFutureJobs
  2. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari

DAFTAR MAJIKAN MYFUTUREJOBS

Bagi majikan yang ingin mendaftarkan kekosongan jawatan di portal MyFutureJobs, ikut langkah berikut:

  1. Layari portal MYFutureJobs
  2. Klik ‘Employer Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register Here’
  4. Isikan butiran syarikat dan klik ‘Send For Approval’
  5. Maklumat berkaitan akaun syarikat telah disahkan oleh MYFutureJobs akan dihantar dan diterima oleh syarikat

PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA PENJANAKERJAYA

Kerajaan telah memperuntukkan insentif berjumlah RM1.5 bilion bagi program ini dengan sasaran lebih 300,000 pencari kerja. Majikan boleh memohon insentif ini mulai 15 Jun 2020 melalui portal Penjana Kerjaya PERKESO.

Bermula 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang berjaya diambil bekerja di bawah program ini menerusi portal Penjana Kerjaya bagi mendapatkan kelulusan bayaran insentif. Insentif pengambilan pekerja akan dibayar bagi bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar.

Majikan hanya perlu membuat sekali sahaja permohonan untuk insentif ini dan pembayaran insentif akan dibuat selama 6 bulan secara automatik. Majikan boleh pilih senarai kursus yang diluluskan di dalam Penjana Kerjaya PERKESO bagi latihan dan peningkatan kemahiran untuk pekerja menerusi program ini.

Berikut adalah insentif yang disediakan untuk majikan yang menyertai Program Penjanakerjaya ini:

  • RM600 sebulan bagi pengambilan perantis
  • Rm800 sebulan bagi pengambilan pekerja berumur 40 tahun dan ke bawah
  • RM1,000 sebulan bagi pengambilan pekerja 40 tahun dan ke atas atau dari golongan OKU

PROSES PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA

Berikut adalah paparan mengenai proses Program Insentif Pengambilan Pekerja akan dilaksanakan:

Daftar MYFutureJobs PERKESO PenjanaKerjaya Untuk Penganggur

Baca juga: Insentif OKU Menganggur, Ini Apa Yang Anda Perlu tahu

Untuk maklumat lanjut atau ingin mengajukan soalan, anda boleh rujuk pautan yang disediakan di bawah atau hubungi PERKESO di talian berikut:

  • Emel : penjanakerjaya@perkeso.gov.my
  • Talian : 03-8091 5300 / 1-300-22-8000

panduan myfuturejobs (pencari kerja)

panduan myfuturejobs (majikan)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma