Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Insentif OKU Menganggur: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Oleh Cikgu Shaari • June 10, 2020 • 2 min baca

Insentif OKU Menganggur: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam pengumuman pelan PENJANA, Perdana Menteri ada memperkenalkan program Insentif Pengambilan Pekerja bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan. Memahami masalah ramai orang yang diberhentikan kerja akibat daripa pandemik COVID-19, insentif ini dapat membantu rakyat mendapat pekerjaan semula.

Program berkenaan dikatakan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion yang akan memberi manfaat kepada 300,000 penganggur dan belia.

Golongan orang kurang upaya  OKU juga tidak dilupakan dalam mendapat manfaat. Insentif ini akan menggalakkan pengambilan golongan OKU yang menganggur untuk bekerja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai insentif pengambilan golongan OKU yang menganggur ini.

INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA

Melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja ini, syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberikan pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia. Dua insentif diperkenalkan melalui program ini iaitu:

  • Menggaji penganggur di bawah umur 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja
  • Menggaji penganggur berumur 40 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU) berjumlah RM1,000 sebulan

Insentif ini dikatakan akan diterima selama enam bulan oleh syarikat yang mengambil pekerja. Manfaat yang diberikan oleh kerajaan ini dapat membantu penganggur golongan OKU memasuki bidang pekerjaan sekaligus meringankan beban syarikat yang menggaji pekerja.

Insentif OKU Menganggur: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

BANTUAN RM300 ONE-OFF KEPADA OKU

Selain daripada Program Pengambilan Kerja yang membuka peluang untuk golongan OKU bekerja, golongan ini juga akan menerima bantuan RM300 secara one-off sebelum Raya Aidiladha.

Baca juga: Bantuan RM300 One-Off Untuk Ibu Tunggal, OKU Bawah JKM Sebelum Raya Aidiladha

Semoga dengan Insentif Pengambilan Pekerja yang disediakan oleh kerajaan ini dapat membantu majikan menggaji pekerja dan membantu golongan penganggur dan OKU mendapatkan pekerjaan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai insentif pekerjaan yang diterima oleh OKU menganggur ini akan dikemaskini jika terdapat maklumat yang sahih.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.