Cara Tambah Pelaburan ASB Melalui Maybank2u Online Banking

Ramai yang menggunakan akaun ASB dengan tujuan menyimpan duit dan sebagai pelaburan untuk masa depan. ASB kini menyediakan pelbagai kemudahan secara atas talian untuk memudahkan pengguna membuat urusan di rumah sahaja.

Bagi yang masih belum ada akaun ASB dan masih pening memikirkan di mana hendak membuat simpanan wang, buka akaun sekarang dengan cara ini.

Baca sini: Cara Mudah Buka Akaun ASB (Daftar Di ASNB, Pejabat Pos & Online)

Bagi yang sedang menyimpan, tambah pelaburan ASB anda sekarang untuk menjamin kenaikan dividen tahunan, sekaligus membantu anda bersedia dengan kewangan yang lebih stabil untuk masa depan anda.

Anda boleh tambah pelaburan ASB anda dengan Maybank2u Online Banking sahaja, tidak perlu beratur di kaunter untuk tambah pelaburan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara menambah pelaburan ASB melalui Maybank2U Online Banking.

CARA TAMBAH PELABURAN ASB GUNA MAYBANK2U VERSI BARU

Berikut adalah cara melakukan pindahan pelaburan secara terus melalui online banking Maybank2u versi baru:

  1. Layari laman web Maybank2u.
  2. Pada My Username, masukkan username
    Cara Tambah Pelaburan ASB Melalui Maybank2u Online Banking
  3. Kemudian, sahkan security phrase anda dengan menekan butang YES.
  4. Masukkan password anda pada My Password. Kemudian, tekan butang LOGIN.
  5. Anda tiba di laman utama akaun anda. Tekan PAY & TRANSFER.
  6. Kemudian, pada laman seterusnya, pilih tab PAY.
  7. Pada Pay To, pilih Payee.
  8. Tekan New Payment.
  9. Kemudian, pada masukkan keyword ASB, dan pilih Maybank ASN/ASB Loan.
  10. Sebuah kotak akan tertera.
  11. Pada Amount, masukkan jumlah yang anda ingin masukkan ke akaun pelaburan ASB anda.
  12. Pada Loan Account No., masukkan nombor akaun ASB anda.
  13. Pada Effective Date, pilih tarikh yang anda ingin pemindahan wang ini dijalankan serta-merta.
  14. Anda boleh aktifkan butang Set Recurring untuk menjalankan pemindahan ini lebih daripada sekali, dan secara automatik, mengikut tarikh yang anda tetapkan.
  15. Tekan butang PAY untuk tambah pelaburan ASB
  16. Ikuti prosedur seterusnya sehingga transaksi anda berjaya.

CARA TAMBAH PELABURAN MELALUI MAYBANK2U CLASSIC

Untuk menambah pelaburan ASB dengan menggunakan Maybank2u Classic, ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web Maybank2u Online Banking.
  2. Kemudian, tekan Back to the classic Maybank2U.
  3. Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada Username.
    Cara Tambah Pelaburan ASB Melalui Maybank2u Online Banking
  4. Tekan butang Next.
  5. Kemudian, sahkan security phrase anda dengan menekan butang Yes.
  6. Pada laman seterusnya, pada Password, masukkan password
  7. Tekan butang Login.
  8. Anda telah masuk ke akaun Maybank2U anda. Pilih ruangan Investment.
  9. Kemudian, pilih ASNB Unit Trust untuk tambah pelaburan ASB
  10. Anda perlu mendaftar dahulu akaun ASB anda. Pastikan akaun ASB anda aktif semasa ingin didaftarkan. Tekan link ASNB Payment.
  11. Pada Now select the unit holder, pilih Amanah Saham Bumiputera, yang disertakan dengan nama anda. Klik butang Continue.
  12. Baca dan fahami kenyataan yang tertera. Tick pada pernyataan yang menyatakan bahawa anda memahami syarat-syarat yang dinyatakan. Tekan butang Continue.
  13. Pada laman seterusnya, pada Amount, masukkan jumlah yang anda ingin tambah ke akaun ASB anda. Minimum ialah RM10.
  14. Tekan butang Continue.
  15. Transaksi anda berjaya. Tekan Print Receipt untuk mendapatkan resit.

Anda juga boleh setkan potongan bulanan dari akaun bank ke ASB melalui Auto Labur ASB. Ia sangat mudah dan cepat sesuai untuk membuat simpanan.

Baca sini: Cara Setkan Potongan Simpanan Bulanan Dari Akaun Bank Ke ASB Melalui Auto Labur ASB

Jika anda ingin kira dividen ASB anda, anda boleh kira dengan FORMULA WAJIB TAHU INI.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda untuk menambah pelaburan ASB dengan mudah. Anda boleh lihat panduan pendaftaran, pengeluaran ASB online, semakan baki dan dividen untuk urusan ASB secara online dan lebih mudah. Mudahnya jika melabur dengan ASB, banyak kemudahan boleh dilakukan secara online sahaja!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma