Cara Daftar Pencari Kerja di Portal JobsMalaysia Untuk Lepasan SPM, Diploma & Ijazah

Bagaimana Nak Daftar Pencari Kerja di Portal JobsMalaysia Untuk Lepasan SPM, Diploma & Ijazah?

Pastikan anda ikuti perkongsian ini sehingga habis untuk mengetahui cara tepat dapat sebagai pencari kerja di Portal JobsMalaysia menggunakan kelulusan SPM, Diploma dan Ijazah anda.

FENOMENA DI BUANG KERJA

Seperti yang dapat kita lihat, ramai pekerja yang terpaksa menanggung derita dibuang kerja akibat daripada pandemik COVID-19. Jika anda salah seorang pekerja yang diberhentikan kerja akibat daripada wabak ini, anda boleh cuba cari kerja melalui Portal JobsMalaysia.

Bagi penganggur tidak kira dibuang kerja akibat COVID-19 atau graduan lepasan diploma mahupun ijazah, anda pastinya dalam situasi yang sukar sekarang kerana nak cari kerja sekarang bukannya senang.

Jika anda tidak tahu mahu bermula dari mana dan tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan anda, portal JobsMalaysia sangat sesuai untuk anda mulakan langkah

Berikut merupakan cara mendaftar di JobsMalaysia untuk anda mula mencari kerja.

PORTAL JOBSMALAYSIA

Cara Daftar JobsMalaysia Online Portal Untuk Mencari Kerja

JobsMalaysia mula dilancarkan pada tahun 2002 dan merupakan sistem pencarian pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Sistem ini disediakan melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik dengan tujuan menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh pengguna awam sama ada dari dalam atau luar negeri termasuk para pelajar Malaysia di luar negeri dan pelabur asing.

CARA DAFTAR JOBSMALAYSIA ONLINE

Untuk mula mencari kerja di portal JobsMalaysia, anda boleh buat pendaftaran dengan cara berikut:

  1. Layari laman web JobsMalaysia
  2. Kemudian, pada laman tersebut, scroll ke butang DAFTAR, dan tekan butang Pencari Kerja.
    Cara Daftar JobsMalaysia Online Portal Untuk Mencari Kerja
  3. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan anda perlu isikan. Pada ruangan Nombor Kad Pengenalan, masukkan nombor MyKad anda.
    Cara Daftar JobsMalaysia Online Portal Untuk Mencari Kerja
  4. Pada ruangan Nama, masukkan nama penuh anda.
  5. Pada ruangan Nombor Telefon Bimbit, masukkan nombor telefon anda yang masih aktif dan boleh dihubungi.
  6. Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda yang aktif dan boleh digunakan. Alamat emel anda penting untuk JobsMalaysia, untuk memaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa, sebarang pembaharuan atau notis mengenai portal yang perlu anda sebagai pengguna untuk tahu.
  7. Pada Kod Verifikasi, masukkan kod yang anda dapat lihat di ruangan yang disediakan.
  8. Kemudian, tekan butang Daftar untuk meneruskan proses daftar JobsMalaysia
  9. Akan tertera pop-up box yang memaklumkan kepada anda bahawa pendaftaran anda berjaya. Anda juga diminta untuk semak emel anda untuk mendapatkan link bagi pengaktifan akaun anda.
  10. Buka emel anda dan dapatkan emel daripada JobsMalaysia.
  11. Kemudian, baca emel yang tertera dan tekan link yang diberi mengikut arahan yang tertera pada emel.
  12. Pendaftaran anda di JobsMalaysia sebagai Pencari Kerja berjaya.

CARA AKTIFKAN AKAUN JOBSMALAYSIA

Jika anda pernah daftar akaun JobsMalaysia pada masa dahulu dan sudah lupa kata laluan, anda boleh aktifkan semula dengan mudah. Anda hanya perlu klik link yang dihantar ke email sahaja.

Untuk mengaktifkan akaun JobsMalaysia, ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke laman Pengaktifan Akaun JobsMalaysia
  2. Anda kini di bahagian Reset Kata Laluan
  3. Masukkan email anda
  4. Masukkan teks pengesahan
  5. Tekan butang Reset
  6. Semak email
  7. Cari email yang bertajuk AKAUN DISET SEMULA
  8. Klik pada PAUTAN PENGAKTIFAN untuk reset password dalam masa 24 jam
  9. Create password baru
  10. Pastikan password sekurang-kurangnya mempunyai 8 aksara dengan gabungan nombor, huruf besar dan huruf kecil
  11. Sila sahkan password baru tadi
  12. Jangan tutup browser dulu
  13. Teruskan proses pengaktifan
  14. Klik link pengaktifan dalam email tadi
  15. Anda akan boleh terus login JobsMalaysia 2.0
  16. Tunggu sehingga paparan Selamat Datang terpapar dengan ikon glob JobsMalaysia

Langkah ini juga boleh digunakan untuk pengaktifan semula status akaun JobsMalaysia 1.0 yang tidak aktif. Tidak perlu daftar JobsMalaysia lagi kerana ia akan membuatkan duplikasi Profil Pencari Kerja.

Baca juga: Bakal Bergaji RM2400 Sebulan, Lebih 3000 Kekosongan Pekerja Di Pasar Borong Kuala Lumpur Diperlukan

CARA LOGIN JOBSMALAYSIA

Selepas berjaya daftar akaun di JobsMalaysia, anda boleh terus login sebagai pencari kerja. Anda boleh buat Carian Jawatan yang diingini, sesuai dengan kelulusan. Ikut langkah berikut:

  1. Layari laman web JobsMalaysia
  2. Scroll ke bahagian atas, dan tekan butang LOG MASUK.
    Cara Daftar JobsMalaysia Online Portal Untuk Mencari Kerja
  3. Pada laman seterusnya, anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI BARU.
  4. Tekan butang Log Masuk untuk meneruskan sesi login
  5. Pada laman seterusnya, pada ruangan LOG MASUK KATA LALUAN, masukkan ID Pengguna anda.
  6. Kemudian, tekan butang SETERUSNYA.
  7. Pada laman seterusnya, masukkan pula password anda untuk bahagian kata laluan.
  8. Login anda berjaya. Anda akan tiba di akaun anda untuk memulakan pencarian kerja kosong sebagai Pencari Kerja.

Baca juga: Jadi Rider AEON Dan Dapat Motor Free Selepas Setahun

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk login JobsMalaysia seperti terlupa ID Pengguna, boleh hubungi pusat panggilan atau call centre di talian 03-8320 2713/ 2714/ 2715. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendaftar JobsMalaysia dan mencari pekerjaan yang anda idamkan. Jangan pernah putus asa untuk mencari kerja kerana bila tiba masanya, anda pasti akan dipanggil kerja.

Semoga berjaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma