Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Jadi Rider AEON Dan Dapat Motor Free Selepas Setahun

Oleh Cikgu Shaari • June 4, 2020 • 2 min baca

Jadi Rider AEON Dan Dapat Motor Free Selepas Setahun
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia kehilangan kerja. Dalam ramai majikan yang membuang pekerja, masih ada juga syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada mangsa kehilangan pekerjaan akibat pandemik ini.

Baca juga: Lebih 1 Juta Pekerja Berisiko Hilang Kerja Akibat COVID-19. Ini Persediaan Yang Boleh Anda Lakukan

AEON Malaysia kini mencari rakyat Malaysia yang kehilangan kerja dan berminat untuk menjadi Penghantar Pesanan atau lebih mesra dengan nama Rider! Apa yang menariknya tentang tawaran ini dan bagaimana nak mohon?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran Rider oleh AEON ini.

APA YANG MENARIK TENTANG TAWARAN INI?

Berikut adalah beberapa perkara menarik yang ditawarkan untuk jawatan ini:

  • Anda akan diberikan Motor sebiji untuk buat kerja-kerja penghantaran ini
  • Motor tersebut akan menjadi milik anda selepas 1 tahun. Motor FREE!
  • Tidak memerlukan pengalaman dan kelayakan pendidikan
  • Kontrak kerja sehingga setahun

Jadi Rider AEON Dan Dapat Motor Free Selepas Setahun

SYARAT DAN KELAYAKAN

Ada beberapa syarat wajib yang perlu anda penuhi untuk membuat permohonan sebagai rider ini. Syarat berikut adalah:

  • Kontrak kerja selama satu (1) tahun
  • Waktu kerja 11 pagi – 6 ptg,
  • Satu (1) hari cuti diberikan setiap minggu
  • Umur diantara 25-40 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Anda merupakan seorang penganggur disebabkan oleh pandemik ini (perlu sertakan dokumen berhenti kerja).
  • Mempunyai lesen memandu yang sah (B/B2).
  • Tiada kenderaan sendiri langsung sama ada kereta atau motor
  • Tiada rekod jenayah
  • Mempunyai sikap yang sentiasa positif minded semasa kerja
  • Latihan akan diberikan sebelum mula kerja
  • Tertakluk kepada terma dan syarat

Jadi Rider AEON Dan Dapat Motor Free Selepas Setahun

Baca juga: Apa Pencari Kerja Perlu Buat Di Masa Ketidakpastian Sekarang

CARA MEMOHON AEON RIDER

Jika anda berminat dan sudah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh buat permohonan dengan cara berikut:

  1. Muat turun Borang Permohonan Aeon Rider
  2. Lengkapkan semua yang diperlukan
  3. Sertakan semua dokumen berkaitan seperti surat berhenti kerja yang diminta dalam syarat di atas
  4. Emeil kan kepada career@aeonretail.com.my
  5. Atau anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 012-3709750/ 0123728406
  6. Anda boleh masuk ke Group WhatsApp AEON Rider untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika Group WhatsApp penuh, anda boleh hantarkan mesej melalui WhatsApp ke 017- 206 6129.
    Jadi Rider AEON Dan Dapat Motor Free Selepas Setahun

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN RIDER

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.