Permohonan Insentif Endowment Fund Sarawak (EFS), Terima RM1000 Untuk Bayi Baru Lahir
Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenalkan dasar baharu yang memberi manfaat kepada bayi baru lahir untuk memenuhi keperluan pendidikan atau memulakan kerjaya anak-anak pada masa akan datang.
Inisiatif ini pasti ditunggu-tunggu oleh mereka yang bergelar ibu bapa kerana setiap bayi yang baru lahir akan diberikan insentif Endownment Fund Sarawak (EFS) bernilai RM1,000 tanpa mengira etnik, kepercayaan agama dan status sosial.
Baca juga: Cara Buka Akaun Simpanan Buat Anda Dan Anak-Anak
Semak syarat kelayakan permohonan dan cara membuat pendaftaran insentif ini.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
- Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K”
- Pendaftaran semasa kelahiran anak
Syarat kelayakan bagi kategori anak angkat adalah:
- Kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K”
- Mempunyai Sijil Pendaftaran Anak yang sah
CARA MENDAFTAR EFS
Pendaftaran EFS boleh dibuat di semua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau cawangan di seluruh Malaysia dengan langkah berikut:
- Isi borang EFS yang disediakan semasa membuat pendaftaran kelahiran atau anda boleh dapatkan di bawah perkongsian ini.
- Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada JPN atau cawangan dan mereka seterusnya akan menghantar borang yang lengkap ke cawangan Bank Islam setiap dua minggu.
- Bank Islam akan memproses pendaftaran EFS.
- Pemakluman pendaftaran akan dihantar oleh pihak bank ke alamat yang didaftarkan.
- Sijil asal boleh dituntut di Bank Islam atau cawangan yang dinyatakan di dalam surat pemakluman.
- Apabila penerima genap 18 tahun, mereka boleh mengeluarkan EFS dengan mengemukakan MyKad ke Bank Islam atau cawangan
Bagi negeri Sarawak, pendaftaran boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak. Sila sertakan:
- Kad pengenalan Ibu Bapa
- Sijil Lahir Bayi/MyKid
Bagi negeri-negeri lain, permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan di atas ke alamat:
- Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak, Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga 93551 Kuching,Sarawak
Tel: Tel: 082-242221/082-242223
NOTA:
- Bayi yang lahir tahun ini harus segera didaftarkan bagi membolehkan mereka menerima insentif yang disediakan kerajaan itu.
- Bagi bayi kalangan anak Sarawak yang lahir di luar negara, kelahiran perlu didaftarkan di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia untuk anak terbabit sebelum borang pendaftaran dikemukakan ke Ibu Pejabat JPN Negeri Sarawak
Baca juga: Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Terima RM500 Semasa Berpantang
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS)
Dapatkan borang permohonan EFS di bawah. Selesai cetak borang permohonan, lengkapkan dan serahkan ke pejabat JPN.