Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Terima RM450 Semasa Berpantang [Borang]

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020 telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020.

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin(BIB), Terima RM450 Semasa Berpantang

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Bantuan Ibu Bersalin yang disertakan dengan syarat kelayakan dan borang permohonan bantuan.

BANTUAN IBU BERSALIN UNTUK RAKYAT SARAWAK

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini dikhaskan buat rakyat Sarawak yang memenuhi syarat kelayakan sebagai bantuan untuk penjagaan selepas bersalin. BIB juga boleh dipohon oleh anak Sarawak yang berada di luar negeri ini seperti di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Wilayah Persekutuan.

TEMPOH BUAT PERMOHONAN BANTUAN

Bagi ibu mengandung yang mencapai usia kandungan 22 minggu sudah boleh memohon IBIB.

Tempoh terakhir membuat permohonan untuk bantuan ini ialah tiga bulan selepas melahirkan anak. Tempoh ini adalah paling maksimum kerana bantuan ini hanya untuk tiga bulan bukannya sepanjang tahun.

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan di bawah untuk membuat permohonan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
  • Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.

CARA MEMOHON BANTUAN

Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah untuk memudahkan pemohon iaitu:

Rujuk carta alir untuk permohonan secara online dan manual di bawah untuk ketahui proses permohonan.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan untuk permohonan secara manual boleh dapatkan dengan memuat turun borang di bawah atau dapatkan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/ Pejabat Residen Bahagian/ Pejabat Daerah/ KWKPK.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah siap diisi dan dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi boleh diserahkan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/ Pejabat Residen Bahagian/ Pejabat Daerah/ KWKPK.

PERINGATAN PENTING

Jika pemohon telah memohon menggunakan borang permohonan manual, pemohon TIDAK PERLU memohon kali kedua melalui online. Pihak KWKPK berhak untuk menolak permohonan ibu jika terdapat permohonan kali kedua atau permohonan banyak kali di buat.

Pastikan pemohon telah bersalin dan mempunyai dokumen seperti NOTA DISCAJ atau SIJIL LAHIR BAYI sebelum memohon secara online.

Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, KWKPK berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB), anda boleh terus ajukan melalui emel insentif.ibubersalin@gmail.com atau hubungi talian 082-311340/ 082-311718. Berikut adalah alamat surat menyurat yang menguruskan bantuan ini:

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma