Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih • Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •

Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2020/2021 Dibuka Mulai 18 Ogos

Oleh Cikgu Shaari • June 2, 2020 • 1 min baca

Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2020/2021 Dibuka Mulai 18 Ogos
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Untuk makluman semua, semakan keputusan UPU bagi sesi 2020/2021 bagi lepasan SPM/setaraf boleh mula dibuat mulai Jun 2020 manakala bagi lepasan STPM/setaraf adalah pada bulan Ogos 2020.

Keputusan UPU boleh disemak secara online, SMS atau aplikasi UPUPocket 2.0. Pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan masih berpeluang memasuki Institusi Pengajian Tinggi yang diingini dengan membuat permohonan rayuan UPU.

PERMOHONAN RAYUAN UPU SESI 2020/2021

Permohonan rayuan UPU sesi 2020/2021 ke Universiti Awam bagi lepasan STPM/setaraf boleh dibuat mulai 18 Ogos 2020 hingga 28 Ogos 2020 jam 5 petang melalui portal rasmi UPUOnline.

Bagi rayuan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus ke Portal Rasmi Agensi berkenaan.

Namun diingatkan kepada pemohon, hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran ke Universiti Awam serta yang ditawarkan ke program pengajian peringkat sijil sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline.

Tarikh semakan keputusan rayuan akan dimaklumkan kemudian.

Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2020/2021 Dibuka Mulai 18 Ogos

TARIKH PENDAFTARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM

Pendaftaran kemasukan ke 17 Universiti Awam adalah bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober 2020 sementara kategori lain bermula pada 5 Julai 2020 hingga 4 Januari 2021. Rujuk tarikh daftar kemasukan di jadual bawah.

Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2020/2021 Kini Dibuka

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Rayuan UPU sesi 2020/2021, anda boleh dapatkan di laman rasmi UPUOnline atau hubungi talian 03- 8870-8200 untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai bertugas.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.