Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Mohon Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) Mara, Terima Pembiayaan Sehingga RM10,000

Oleh Cikgu Shaari • June 1, 2020 • 2 min baca

Mohon Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) Mara, Terima Pembiayaan Sehingga RM10,000
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) yang disediakan oleh MARA merupakan kemudahan pembiayaan perniagaan yang mudah tanpa jaminan atau cagaran dan tanpa kadar keuntungan bagi membantu usahawan mikro memulihkan perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pembiayaan sehingga RM10,000 ditawarkan bagi peniaga yang layak dan memenuhi syarat am yang ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) Mara dan cara untuk membuat permohonan.

SKOP PEMBIAYAAN

Pembiayaan yang ditawarkan adalah untuk:

  • Modal Pusingan
  • Belian Aset/ Mesin/ Peralatan

SYARAT-SYARAT AM

  •  Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
  • Tidak termasuk dalam Senarai Hitam MARA
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan. Perniagaan atas talian (online) dikecualikan
  • Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Semua sektor perniagaan KECUALI Pertanian dan Penternakan
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai Lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Lesen Majlis
  • Jualan kurang dari RM300,000 setahun & mempunyai pekerja tetap kurang dari 5 orang
  • Menyediakan seorang ‘Penyokong’ dari ahli keluarga terdekat (Referee)
  • Perlu mengambil perlindungan takaful yang ditetapkan oleh MARA meliputi kematian dan keilatan kekal.

JAMINAN/ CAGARAN

Bagi mendapatkan pembiayaan, tiada sebarang cagaran atau jaminan diperlukan. Pemohon hanya memerlukan seorang penyokong dalam kalangan ahli keluarga terdekat untuk membuat permohonan.

Baca juga: Senarai Pinjamaan Perniagaan 2020 Untuk Usahawan Baru & Lama

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 melalui laman berikut:

Daftar sebagai pengguna baru di laman tersebut dan buat permohonan dengan ikut langkah yang diberikan.

Mohon Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) Mara, Terima Pembiayaan Sehingga RM10,000

Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan anda boleh hubungi talian 03 2613 2500/ 32501/ 32531 atau menerusi laman web rasmi MARA.

Mohon Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) Mara, Terima Pembiayaan Sehingga RM10,000

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.