SAPS Ibu Bapa: Cara Mudah Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online
Sebelum ini, pelbagai masalah serta rungutan telah direkodkan berkaitan dengan pemberian kad laporan prestasi pelajar yang mempunyai maklumat tentang markah pelajar dalam peperiksaan.
Tambahan pula, ada segelintir pelajar yang menipu dengan cara meniru tandatangan ibu bapa pada kertas laporan tersebut kerana bimbang dimarahi ibu bapa akibat daripada keputusan mereka yang kurang memuaskan.
Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang terlalu sibuk sehingga tidak sempat menyemak keputusan peperiksaan anak mereka melalui laporan prestasi yang diberikan.
Situasi di atas adalah contoh masalah-masalah yang dihadapi. Peka dengan permasalahan ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan suatu inovasi yang efektif dengan memperkenalkan sistem SAPS Ibu Bapa.
Isi Kandungan
APA ITU SAPS?
SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini membolehkan anda melakukan semakan bagi semua keputusan peperiksaan dalaman sama ada peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan percubaan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 bagi sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah, dari Tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 5.
Kini, segalanya dipermudahkan untuk anda. Anda tidak perlu lagi pergi ke sekolah untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak anda sebaliknya hanya perlu menggunakan sistem SAPS ini.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Dalam artikel ini akan dikongsikan Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak Anda Menggunakan Sistem SAPS.
CARA-CARA MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MENGGUNAKAN SAPS
Berikut adalah merupakan Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak Anda Menggunakan Sistem SAPS sebagai panduan buat anda. Anda bolehlah mengikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.
- Layari laman web rasmi SAPS
- Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir tanpa tanda – atau jarak contoh : 901102094425
- Pilih Negeri
- Pilih daerah
- Pilih nama sekolah
- Klik semak
- Pilih tahun (Apabila sudah masuk ke sistem, pilih tahun peperiksaan yang ingin disemak)
- Pilih salah satu jenis peperiksaan (jangan risau akan terpapar semua jenis peperiksaan sama ada ujian 1 atau peperiksaan pertengahan tahun)
- Papar markah peperiksaan
LAMAN WEB RASMI SAPS
Berikut kami kongsikan link untuk anda terus ke laman web rasmi SAPS. Sila klik pada link yang disediakan di bawah.
- Laman Web Rasmi SAPS: Klik Sini
GRED PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP DI SEKOLAH
Gred pemarkahan adalah berbeza bagi setiap tahap sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Berikut dikongsikan gred pemarkahan bagi setiap tahap tersebut.
1.) Gred Pemarkahan Sekolah Rendah
Berikut adalah Gred Pemarkahan bagi peringkat Sekolah Rendah.
2.) Gred Pemarkahan Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga 3)
Berikut adalah Gred Pemarkahan bagi Sekolah Menengah Rendah.
3.) Gred Pemarkahan Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)
Berikut adalah Gred Pemarkahan bagi Sekolah Menengah Atas.
Diharapkan semoga perkongsian artikel Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak Anda Menggunakan Sistem SAPS ini memberi manfaat buat anda dalam menggunakan sistem ini. Selamat mencuba!