Permohonan Guru Interim KPM Sekolah Rendah Kebangsaan & SJKC 2019 di Buka

Untuk makluman, permohonan kemasukan Guru Interim 2019 di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kini telah dibuka.

Calon berminat boleh mengemukakan permohonan Guru Interim 2019 melalui pautan yang disediakan.

Untuk memudahkan calon Guru Interim mengemukakan permohonan baru, EduBestari ingin kongsikan beberapa info utama permohonan sebagai rujukan seperti yang tertera di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

INFO RINGKAS GURU INTERIM

KPM mempelawa calon yang berkelayakan untuk menjadi guru interim berdasarkan Skim Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Jawatan yang ditawarkan ialah Guru Interim pelbagai subjek di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh Malaysia.

Tempoh lantikan adalah selama 3 tahun sahaja.

Calon mestilah mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di IPG yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal pengambilan jawatan Guru Interim — bermula dari 23 – 30 September 2019.

SYARAT PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU INTERIM 2019

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang ditetapkan KPM, iaitu:

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Februari 2019

Calon juga hendaklah memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris
  • CGPA minimum 2.5
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM

Berikut antara opsyen yang ditawarkan mengikut negeri dan pilihan subjek matapelajaran.

Subjek Guru Interim

Bagi calon lepasan IPTS, anda perlu mendapatkan sijil pengiktirafan ijazah (MQA) yang boleh dimuat turun di laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

MAKLUMAT JAWATAN

Berikut antara maklumat jawatan sebagai guru interim termasuk gaji dan bonus-bonus yang disediakan.

  • Gred: Guru Interim DC41
  • Elaun Bulanan: RM2,149.03 (Ijazah Kepujian) / RM1,944.62 (Ijazah Am)
  • Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bayaran Insentif Pedalaman
  • Elaun Balik Kampung
  • Elaun Perumahan Wilayah, dan banyak lagi.

Selain itu, Guru Interim juga turut dibekalkan cuti sakit, cuti penggal sekolah bergaji penuh, cuti rehat khas, rawatan perubatan dan pergigian.

Antara kemudahan penjawat awam lain yang tidak layak dipohon ialah:

  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Rawatan perubatan di luar negeri
  • Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer
  • Cuti separuh gaji
  • Cuti tanpa gaji
  • Cuti bersalin
  • Cuti belajar
  • Cuti kecederaan
  • Cuti kerantina
  • Cuti Tibi, Kusta dan Barah
  • Cuti tanpa rekod
  • Cuti haji

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat online dengan mengisi borang jawatan kosong di sini https://pismp.moe.gov.my/myMOHON/

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi mana-mana talian di bawah:

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Sektor Pengurusan Guru)
No. Telefon: 03-8884 5145/5105/5107/5100/5069/5070

Sila download iklan penuh permohonan Guru Interim melalui pautan disediakan di bawah;

IKLAN PENUH PERMOHONAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma