Bayar Bil TNB Secara Ansuran Melalui Pelan Bayaran Mudah TNB
Dalam usaha mengurangkan kesan pandemik COVID-10 kepada rakyat, Tenaga Nasional berhad (TNB) telah memperkenalkan pakej pasca PKP yang merangkumi Pelan Bayaran Mudah (PBM).
Pelan ini menawarkan penangguhan surcaj lewat bayar dan lanjutan penangguhan pemotongan bekalan kepada 7.5 juta pelanggan kediaman.
Baca: Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil TNB
Penangguhan pembacaan meter elektrik sepanjang PKP telah memberi kebimbangan kepada pelanggan mengenai kenaikan bil mereka apabila pembacaan meter sebenar dilakukan.
Pelan Bayaran Mudah (PBM) ditawarkan secara automatik kepada semua 7.5 juta pelanggan kediaman bermula dari bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar yang diterima apabila TNB menyambung semula operasi bacaan meter dan penyerahan bil pada 15 Mei 2020 secara berperingkat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Bayaran Mudah oleh TNB.
Isi Kandungan
SYARAT MENYERTAI PELAN BAYARAN MUDAH
Semua 7.5 juta pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) secara automatik layak menyertai Pelan Bayaran Mudah ini yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Premis adalah jenis kediaman sahaja
- Bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar yang diterima apabila TNB menyambung semula operasi bacaan meter dan penyerahan bil pada 15 Mei 2020 secara berperingkat
- Pengguna kediaman meter pintar yang mendapat bil dengan bacaan sebenar mulai 14 Mei 2020
ADAKAH PERMOHONAN PERLU DIBUAT?
Pelan Bayaran Mudah ditawarkan secara automatik kepada semua 7.5 juta pengguna kediaman bermula dari bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar yang diterima apabila TNB menyambung semula operasi bacaan meter dan penyerahan bil pada 15 Mei 2020 secara berperingkat.
Oleh itu, pengguna tidak perlu memohon untuk membuat pembayaran secara ansuran melalui Pelan Bayaran Mudah ini.
KATEGORI YANG LAYAK MENIKMATI PBM
Pengguna kediaman di bawah kategori berikut secara automatik diberikan pilihan untuk membuat pembayaran bil elektrik mengikut jumlah Pelan Bayaran Mudah:
- Pengguna Kes Kejanggalan Biasa mengikut caj bulanan semasa untuk bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar
- Pengguna Kes Kejanggalan Meter mengikut caj bulanan semasa untuk bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar
- Pengguna dengan skim Net Energy Metering (NEM)
- Pengguna yang mempunyai bayaran ansuran sediada
- Pengguna meter pintar
TEMPOH PBN INI DITAWARKAN
Pelan Bayaran Mudah ditawarkan bermula dari bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar yang diterima oleh pengguna sehingga 31 Disember 2020.
Oleh itu, tempoh Pelan Bayaran Mudah ini berbeza mengikut bulan pertama pengguna menerima bil bulanan dengan bacaan sebenar. Tempoh Pelan Bayaran Mudah yang paling lama adalah 8 bulan, iaitu bermula dari bil bulan Mei hingga Disember 2020 memandangkan operasi bacaan meter dan penyerahan bil di premis pengguna telah bermula pada 15 Mei 2020 secara berperingkat.
CARA LIHAT MAKLUMAT PBM DI DALAM BIL ELEKTRIK
Maklumat ini akan dipaparkan di dalam kotak kuning di sudut kanan atas pada bil elektrik. Untuk makluman, bayaran penuh adalah sama dengan Jumlah Perlu Dibayar yang dipaparkan pada bil elektrik.
Apabila pengguna menerima bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar, pengguna mempunyai dua (2) pilihan, sama ada untuk membuat pembayaran berdasarkan bayaran penuh atau jumlah Pelan Bayaran Mudah.
Jumlah Pelan Bayaran Mudah ini dikira dengan mengambil jumlah Bayaran Penuh (Jumlah Perlu Dibayar) dalam bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar dan mengagihkannya sehingga 31 Disember 2020 berdasarkan peratusan tertentu yang ditetapkan untuk setiap bulan.
Kenapa Tiada Maklumat PBM Dalam Bil?
Pelan Bayaran Mudah tidak akan tertera di dalam bil anda sekiranya
- Bil yang diterima adalah bil anggaran
- Akaun TNB bukan didaftarkan sebagai pengguna Kediaman. Hanya pengguna kediaman sahaja yang diberikan bantuan pembayaran secara ansuran melalui Pelan Bayaran Mudah secara automatik.
- Jumlah perlu dibayar adalah berbaki kredit kerana wujud lebih bayaran
- Bil Akhir (Final bill) kerana penutupan akaun
Cuba cek di cetakan bil elektrik anda. Jika anda lihat di sudut bil dalam kotak berwarna kuning tertera Pelan Bayaran Mudah, anda boleh gunakan jumlah yang diberikan untuk membuat pembayaran bil.
Pelan Bayaran Mudah ditawarkan secara automatik ke atas bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar yang penyewa anda terima setelah operasi bacaan meter disambung semula. Justeru itu, sebarang permohonan tidak perlu dimajukan kepada TNB kerana Pelan Bayaran Mudah ini diberikan secara automatik.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Bayaran Mudah, layari:
Selamat menikmati!