Permohonan & Semakan Online Bantuan MAIDAM 2020
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan bantuan khas buat anak Terengganu yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan merupakan dari golongan asnaf yang layak.
Selaku Pihak berkuasa Agama Utama yang berwibawa dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam, MAIDAM sentiasa berusaha merealisasikan agenda pembangunan keagamaan, pendidikan, Adat Melayu (sosio-budaya), ekonomi dan sistem perundangan secara terancang, menyeluruh dan berkesan.
Baca juga: Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 8 asnaf yang layak menerima agihan zakat dan bantuan MAIDAM 2020 beserta cara membuat permohonan bantuan MAIDAM 2020.
Isi Kandungan
GOLONGAN ASNAF YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN MAIDAM 2020
1. Faqir
Orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyai pendapatan yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan diri atau tanggungannya.
Jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Kewangan/ Saraan Bulanan
- Bantuan Sempena Ramadhan
- Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakar
- Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
- Bantuan Demasiswa IPT Dalam Negara
- Bantuan Makanan/ Keperluan Harian
2. Miskin
Mempunyai pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja daripada keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan tanggungannya.
Jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Kecemasan / Bencana
- Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
- Bantuan Sempena Ramadhan
- Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
- Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
- Bantuan Sara Hidup
- Bantuan Serta Merta
- Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
- Bantuan Sewa Rumah
- Bantuan Makanan / Keperluan Harian
3. Amil
Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIIDAM yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.
Jenis bantuan yang disediakan:
- Ambilan Terus oleh Amil
- Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus
4. Ar-Riqab
Individu yang telah memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi fizikal atau mental. Contohnya cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.
Jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
- Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis
5. Al-Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi kemaslahatan diri, keluarga, tanggungan atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum Syarak.
Jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
- Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris
6. Fisabillah
Golongan yang melibatkan diri dalam mengadakan aktiviti mempertahankan atau mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.
Jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
- Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
- Bantuan Pendidikan Dalam Negara
- Bantuan Pendidikan Luar Negara
7. Ibnu Sabil
Umat Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir dan terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan
Jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
- Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan
8. Muallaf
Orang yang dijinakkan hatinya untuk memeluk agama Islam.
Jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Saguhati Memeluk Islam
- Bantuan Perkahwinan
- Bantuan Kelas Bimbingan
- Bantuan Aktiviti / Program Muallaf
- Bantuan Pengajian Muallaf
CARA MEMOHON BANTUAN MAIDAM 2020
Bagi memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan MAIDAM, Sistem Permohonan Zakat secara atas talian telah diperkenalkan dan permohonan boleh dilakukan di laman berikut.
Langkah permohonan bantuan MAIDAM 2020 adalah seperti berikut:
- Layari laman MAIDAM Terengganu
- Pilih borang permohonan berkaitan untuk dimuat turun
- Isi maklumat yang dikehendaki
- Cetak semua borang permohonan setelah selesai
- Hantar borang asal beserta salinan dokumen yang dikehendaki ke Pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing
Baca juga: Senarai Pusat Bantuan Zakat Setiap Negeri Untu Bantuan Rakyat
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Untuk menyemak status permohonan, ikuti langkah berikut:
- Layari laman rasmi Semakan Bantuan MAIDAM
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Status permohonan akan tertera pada skrin
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian berikut:
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Telefon: 09-6303030
Faks: 09-6247917
E-mail : info@maidam.gov.my