Buat Loan dan Pinjaman? Ini Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan atau Tidak

Setiap individu yang berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman pasti akan timbul perasaan takut permohonan pinjaman tidak diluluskan. Ini adalah satu perkara yang normal bagi yang ingin memohon pinjaman seperti rumah, kad kredit, peribadi dan kereta.

Jika dari awal anda tahu perkara yang pihak bank perlukan untuk meluluskan pinjaman anda, pasti anda tidak akan berasa risau lagi. Ini kerana sebelum memohon pinjaman anda sendiri sudah boleh membuat pengiraan atau andaian kelayakan pinjaman untuk diri anda sendiri.

Tidak perlu lalui rasa debaran saat tunggu kelulusan permohonan!

Berikut adalah perkongsian mengenai beberapa faktor utama yang menentukan kelulusan permohonan yang anda perlu tahu sebelum membuat permohonan pinjaman.

FAKTOR UTAMA YANG MENENTUKAN KELULUSAN PINJAMAN

1. Jenis Pekerjaan & Pendapatan

Dalam membuat permohonan pinjaman, perkara pertama yang pihak bank akan lihat adalah pekerjaan anda sama ada bekerja dengan majikan atau mempunyai perniagaan sendiri.

Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan atau Tidak

  • Bagi individu yang bekerja dengan majikan, pekerja sektor awam mempunyai skor yang lebih tinggi (mudah lulus) berbanding pekerja sektor swasta.
  • Individu yang bekerja dengan majikan serta mempunyai pendapatan yang tetap setiap bulan, lebih mudah lulus berbanding individu yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap.

Pihak bank lebih yakin dengan individu yang mempunyai pendapatan tetap kerana pendapatannya lebih terjamin berbanding individu yang mempunyai pendapatan tidak tetap.

Namun lagi sukar untuk individu yang bekerja dalam sektor kritikal dan berisiko tinggi untuk mendapatkan kelulusan pinjaman. Contoh seperti pekerja dalam bidang oil & gas yang dapat dilihat ramai yang dibuang kerja kerana sektor tersebut sedang mengalami kemurungan ekonomi. Hasilnya, pihak bank sukar untuk meluluskan individu yang berlatarkan sektor tersebut.

Bagi individu yang bergaji rendah, gaji mestilah sekurang kurangnya RM2,000 sebulan untuk permohonan kad kredit manakala pinjaman peribadi anda boleh mohon dengan gaji serendah RM1,000 sebulan.

2. Jenis Pinjaman

Bagi yang tidak tahu, setiap jenis pinjaman itu mempunyai tahap kelulusan yang berbeza. Ada pinjaman yang mudah lulus, ada juga yang sukar untuk lulus.

Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan atau Tidak

  • Pinjaman perumahan lebih sukar untuk lulus kerana tempoh masa pinjaman adalah sehingga 30 tahun.
  • Pinjaman peribadi pula lebih mudah untuk mendapat kelulusan kerana jumlah yang dipinjam agak kecil berbanding pinjaman lain.

Namun kadar faedah pinjaman peribadi adalah lebih tinggi berbanding pinjaman perumahan.

3. Komitmen

Komitmen bulanan anda juga sangat penting yang menjadi keutamaan pihak bank untuk menilai kemampuan anda membayar pinjaman anda.

Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan atau Tidak

  • Jika anda mempunyai banyak komitmen atau hutang dengan bank, semakin sukar untuk anda membuat pinjaman dengan pihak bank untuk yang seterusnya.
  • Hal ini kerana pihak bank sudah melihat komitmen anda yang tinggi menyebabkan risiko untuk gagal dalam pembayaran semula pada masa akan datang.
  • Hutang yang terlalu banyak adalah antara punca utama kenapa permohonan pinjaman tidak diluluskan oleh pihak bank.

Pihak bank akan menggunakan kadar Debt Service Ratio (DSR) dalam mengira jumlah komitmen pemohon.

Nisbah yang lebih besar = Risiko tinggi dan peluang anda untuk mendapat kelulusan bank akan

Sebelum anda ingin memohon pinjaman perumahan atau kereta, anda digalakkan untuk mempunyai pinjaman lain yang lebih kecil dengan pihak bank seperti kad kredit atau pinjaman peribadi. Dua jenis pinjaman untuk jangka masa pendek ini membantu permohonan pinjaman anda yang seterusnya.

4. Laporan Kredit

Pasti ramai yang sudah biasa dengar pasal CCRIS dan CTOS. Faktor lain yang menjadi keutamaan bank untuk menyemak kelulusan anda adalah laporan kredit berdasarkan laporan CCRIS dan CTOS anda. Cara penghitungan laporan kredit anda berbeza mengikut bank masing-masing.

Faktor Utama Yang Menentukan Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan atau Tidak

  • Secara amnya, jika hutang sedia ada berjaya dibayar dalam masa yang ditetapkan, laporan anda akan menunjukkan skor yang tinggi.
  • Anda boleh gunakan agensi laporan kredit untuk mengetahui skor kewangan semasa anda.
  • Agensi seperti RAM Credit Information (RAMCI) menyediakan laporan kredit tetapi anda perlu bersedia untuk membayar untuk perkhidmatan mereka.

Jika anda sudah semak sendiri laporan kredit anda, anda sendiri atau pihak agensi boleh nilai sama ada diri anda layak atau tidak membuat pinjaman yang ingin dimohon.

5. Dokumen Tambahan

Akhir sekali, ada beberapa dokumen tambahan yang perlu anda sediakan untuk pastikan permohonan pinjaman anda mudah diluluskan.

Dokumen tersebut adalah seperti penyata simpanan sama ada akaun Tabung Haji, ASB atau akaun simpanan. Apa yang penting dalam mengemukakan dokumen ini ialah bayaran cukai individu kepada LHDN anda memang layak.

  • Dokumen ini akan membantu meluluskan permohonan pinjaman anda dengan mudah.
  • Penyata simpanan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang baik dalam pengurusan kewangan.
  • Manakala bayaran cukai individu pula menunjukkan semua pendapatan anda adalah sah dan telah dibayar cukai.

Apa yang lagi bagus dalam membersihkan nama anda dalam membuat pinjaman adalah nama anda tidak pernah disenarai hitam oleh pihak bank atau tersenarai dalam AKPK.

Cuba anda semak semua faktor utama yang menentukan kelulusan permohonan pinjaman anda di atas. Jika anda rasa anda mampu mengikut dan menyediakan semua perkara di atas, kemungkinan besar permohonan anda akan mudah diluluskan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma